1st Day in Melb (semalam pancit so tak kira)

Assalamualaikum :))) So I'm here already in Melbourne to continue my 2nd year of huha huha (?).. alhamdulillah so far so good! 

Baru sampai... :) Beg berat gajah, tudung senget, skrin telepon kotor sket, haa sume pakej ada

Awal-awal sampai rumah, unpacking dulu barang2.. pastu kemas bilik, lap2 semua debu (bayangkan debu yang terkumpul sepanjang cuti 3 bulan.. dengan dust dari karpet lagi.. haiyak!) vacuum, pasang cadar and everything,  lalu siaplahh my favourite spot in Melb. My room yayayayaa

Heeee sukenye I love my bed! Tempat tido, makan, lepak, study, tengok mubi  dan semua aktiviti di dunia~

Ni stok makanan yang BARU bawak dari Msia this year.. maknanya tak termasuk lagi yang dah sedia ada dalam kabinet, dalam peti since last year hihi memanglah spesis tupai kan suka simpan makanan

Tu cerita semalam. Hari ni harus teruskan kehidupan seorang immigrant (apekah?) iaitu membeli groceries. I like buying groceries tapi amat tak suka aktiviti angkut makanan2 tu sume balik ke rumah tingkat 3 wuwuuu beratt pancitt lenguh bahu lenguh tangan sume ada.. tapi tu lah satu memori untuk dikenang nanti kan :) Nanti lepas kahwin haruslah campak2 je masuk bonet kereta suami! Takpelah for now, daripada jadik princess baiklah jadi wanita gagah angkut barang2 sendiri.. gagah la sangat.. setiap 2 meter berenti ambik nafas.. ceh
Because it's summer so today I wear RED :)

Kat Kmart. Heee rindu Kmart, Coles etc! - ala2 Giant & Jusco kita lah :))


Actually petang tadi keluar cari kipas sebab rumah belum ada kipas (last year sampai2 cuaca dah agak sejuk + berangin so takpayah kipas pon boleh survive.. tapi tahun ni tak sejuk dah? aaaaaa) but then tak jumpa2 kipas yang senang angkut balik rumah.. ada yang saiz gajah je.. banyak kipas dah habis stok sebab ramai beli kan since summer start.. skang summer dah nak habis tapi suhu panas tak habis lagi, kipas kat kedai je habis hehe... takpelah esok cuba lagi!


Take care everyone!



#Note: Bila rasa kesusahan, macam angkat barang berat sangat ke, ada masalah ke, selalu amalkan baca bismillhi tawakkaltu 'alallah.. wala haulawa quwwata illa billah.. insyaAllah beban terasa kurang dan semua dipermudahkan. It works! :) Sebab memang pun Allah saja yang Maha Kuat, yang boleh tolong kita dalam apa jua perkara dari tugas seharian hinggalah perkara2 besar :))..


#5 Tips - wearing shirt (not T-shirt!) for thin men!

Assalamualaikum! :) I'm not expert in fashion but here's my own 5 tips for thin guys yang nak pakai kemeja. Thin people don't really like to wear shirt, including me hehe tapi sekarang dah beli a few shirts yang sesuai dengan my figure yeayyy go go fashion industry :))

Ok lah so here it is :) 

#1 - wear a t-shirt inside..! so nampak illusion kurang kurus :P

#2 - roll up the sleeves..  because u're going out, not going to work! :)
#3 - no need to button up! Biarkan kemeja ditiup2 angin.. :)
#4- wear a jacket outside.. kalau time sejuk/ malam boleh camni :)

#5 - must have: white shirt. For any occasions! 
Selamat pergi membeli-belah di Kedai Pakaian Hari-Hari.. :D Wah iklan apekah ini -..-"

Tanda berhenti (tajwid)

Assalamualaikum :) tadi main FB pastu jumpa ni:



Jom sama2 hafal.. lepas ni tade la konfius lagi nak stop ke, teruskan ke.. :)


Bdw, ada orang tu, rajin sangat ke surau sekarang. Alhamdulillah :))

Lambat betul baru buleh azam.

Perasaan daku tika ini


Cuti kali ni, amatttt banyak membaca buku dan komik. Especially bila pergi rumah anak2 sedara.. memang rumah budak2 ni stok2 library sumenye hihihi..


Pastu terfikir, "why don't I write my own book?"

Hmm.. umur 20 ni dah takleh dah berangan kosong. Kalau rasa nak buat, rasa boleh buat, BUAT. 


Bie tak minat tulis2 novel segedabak tu. Tapi I'm more interested in graphic novels. Mungkin ada ayat2 pastu selang seli dengan lukisan. Ada beberapa contoh komik luar negara yang jadi inspirasi Bie, tapi for now kena tutup mulut dulu dan simpan idea ni elok2 dalam kepala.


Ni contoh komik Bie yang menang karya Merdeka tahun lepas.

Mungkin sekarang patut cuba garap jalan cerita yang basic, try lukis watak2 utama,. buat contoh macamana buku tu akan looks like dalam 2-3 pages, then compile-kan semua dan hantar kat mana2 syarikat penerbitan. Dah investigate dah publisher mana yang nampak macam okay dan tak strict sangat. Yang mesra dengan bakat2 baru :)



Ya Allah permudahkanlah semua ini.. :))


Yeayyyyy harap2 2012 takkan jadi tahun yang bosan dah! At least ada satu mission untuk dicapai sementara belajar kat Uni kan.. Last year 2011 agak bosan la sebab just pergi lecture je bla3... Kalau melukis pun tade orang bagi upah. eh? hehe I need something that's more challenging dan membuatkan hati ni rasa excited each day. hehe



1 thing to prepare, bila hantar apa2 kat syarikat penerbitan. ada kemungkinan akan di-reject berkali2 sebelum boleh publish.



Ahhh ape kesah yang penting effort!



tataaaaa


Safi salafi wasabi

Assalamualaikum :) Apa khabar sume? Eeee cuti dah nak habis! Khamis ni say bye bye to Msia wuwuu


Semalam, ternampak perbualan 2 orang kawan + 1 orang Bie tak kenal di FB, tetiba keluar persoalan tentang satu hukum dalam Islam. Hari tu dalam Tanyalah Ustazah, Ustazah ada cerita detail tentang tu, so Bie pun tulis la sikit apa yang Bie tahu. Tiba-tiba ada kawan Bie mesej di FB.


"hati-hati dengan orang ni.. baik Bie takpayah komen apa2." Begitulah lebih kurang ayat dia. Dan ada seorang lagi kawan Bie turut hantar private mesej supaya Bie takpayah layan orang itu.

Wah sampai 2 orang advice,.. apelaaa yang Bie tempah kali ni kan -_-"  ----> selalu menempah benda2 yang mendebarkan


Bie pun tanya kenapa, kawan pun explain cakap orang itu jenis salafi, jadi hati-hati. Bie pun cam, hurmm..? Oh ya kalau uols nak tahu apa itu salafi, boleh Google hehe sebab Bie nak explain pun tak reti. Tapi pendek kata, orang macam ni amat suka berhujah dan melontarkan dalil-dalil. Kalau cam orang lontarkan Pokemon suh berlawan, orang ni lak lontarkan dalil. haa camtu ah lebih kurang



Jadi seperti yang Bie agak, kalau Bie komen something tentang isu tu, mesti dia akan hurai panjang berjela dan provoke supaya orang akan layan dia main hujah dan supaya dia boleh menang. Dan memang tu pun yang berlaku. hehe.. tapi lepas dia tulis panjang-panjang tu, Bie tak reply dah. Bagi Bie, orang begini, elok biarkan saja. Sebab kalau Bie cakap tentang ulamak itu ini, bimbang nanti dia perkecilkan pula ulamak tu. Itu selalu berlaku bila deal dengan orang sebegini. Baik Bie tutup mulut dan makan nasik eh makan nasik camne kalau xleh bukak mulut


Tapi lepas solat Zohor tadi, Bie berdoa supaya Allah guide dia menjadi lebih baik. Lebih terbuka dan lebih lembut hati. Sayang pulak, orang ini nampaknya tinggi ilmu, dan bagi Bie orang-orang yang banyak ilmu wajar didekati oleh orang lain. Dihormati dan dikasihi. Tapi apa yang Bie nampak, orang2 lain seperti 'takut' dengan dia. Bie pun ada kawan-kawan berilmu yang dikira alim, tapi mereka ada ramai kawan dan amat mesra. Semua orang nak duduk dekat dengan mereka untuk share ilmu. Tapi orang ini, kawan2 dia kat FB pun tak ramai. Tapi Bie pun taknak assume. Semoga one day dia menjadi seorang pendakwah yang berjaya mendekati masyarakat dan kongsi ilmu dia tu.


Anyway, tadi mak Bie hadiahkan Bie satu buku :))

Mak suka sangat bagi buku2 camni kat anak2.. hehe pasal pesan2 ibu

Yang ni Bie beli sendiri.. rasa cam cetek sangat ilmu tentang isteri2 Nabi.. ingin tahu kehidupan diorang macamana

Oklah.. tata :))


p/s: Ni tulisan Saiful Islam.. Manhaj Salafi dan Krisis Emosi Hati..


Confession of a Lover..

Assalamualaikum :)



Cuti ni, ramai pulak kawan-kawan yang bertunang. Ada yang plan nak kahwin masa terdekat, ada yang tak tahu lagi. That makes me think, what about me? heee.. :D Bagi Bie, bertunang dan kahwin ni benda yang special. Dan kalau boleh tempoh tunang ni biarlah sekejap, sekadar tempoh masa untuk preparation kahwin. Sebab kalau tunang lama-lama, buat apa..? Bertunang bukan lesen untuk keluar berdua dan sebagainya. Bimbang nanti tempoh tunang itu yang menjejaskan keberkatan kita bila nak kahwin nanti.



Macamana pulak dengan kahwin awal? Honestly I like that idea. Tapi my sis pernah pesan "get married when u're ready to get pregnant." Masa masih belajar, not a good idea to get pregnant :/ Lagipun kalau tengok history kakak-kakak Bie, macam senang je pregnant (alhamdulillah semua dari Allah). Kejap-kejap ada baby baru. hehe.. so how kalau ter-pregnant time belajar? Pregnant bukan senang2 je bawak perut.. tapi all the morning sickness, alahan, haiyak camne nak study n exam. Memang, boleh guna protection. But still the risk is there kan..


Kadang-kadang kesian pulak dekat si dia. I know him right after SPM. Kemudian maintain dari waktu Bie dapat surat offer JPA, buat preparation kat INTEC setahun setengah, then fly ke Oz sampai la habis 1st year n now nak sambung 2nd year. And he's always there! Sometimes I wonder, "why we meet too early? -_-" Bie baru nak start belajar tapi dia dah nak habis belajar, insyaAllah kerja ujung tahun ni. Now he's 24 - peer pressure punyalah banyak.. kawan2 die kahwin sana sini. Agak-agak sabar tak nak tunggu sampai Bie grad? hurmm


So far, we're improving ourselves especially bab cari ilmu. Nak kahwin kena banyak ilmu kan, bukan main baham je. Dia bukanlah Ustaz.. dan dia bukan malaikat. Sama macam Bie. Penuh kekurangan. But we love each other's flaws hehehe cuba bayangkan kahwin dengan orang super perfect, erghh selesa ke? Takkk u'll feel inferior sampai la tua kan



Selalu doakan pada Allah SWT, kalau inilah dia jodoh yang benar, permudahkanlah.


So far, belum sesuai lagi untuk ke next step sebab ayah Bie sangat uzur jadi priority Bie pada ibu bapa dulu..


Kita merancang tapi perancangan Allah itulah yang terbaik kan :) Manalah tahu kot-kot Allah dan sediakan something yang super best.. wahh.. hehe amin


Butter______?

Just a random conversation we had just now.

J: Lapar la.. petang tadi makan nasik awal, malam ni dah lapar balik..
B: Makan la roti Buttercup.. best.. suka suka
J: Haa roti camne tu? Taktau pun?
B: Ala roti Gardenia yang ada cheese sikit, kismis sikit tu.. sedapp
J: Aaaa tu butterscotch laa..bukan buttercup. hehehe
B: Eh?



Butterscotch

Buttercup

Maluuu rase cam nak pegi menyelam dalam lautan dalam.. gituuu



Feb: two happy days in a row.

Assalamualaikum! :)) February has been treating me well so far. Alhamdulillah. 7 Feb was my bff's if you know what I mean 24th birthday and the next day, 8 Feb, my sis delivered her 4th baby! 

Since January lagi excited tunggu these occasions. Padahal bila tiba 7 Feb, tade buat ape pon hahah. I stayed at my home, he stayed at his home. And I feel comfortable like that. I think going out will make me feel uneasy, entah la, because we know that it's not appropriate kot. Tunggulah.. soon bila dah merenjis2 dipilis barulah celebrate betul2.. The only one yang membantu menjayakan celebration kali ni adalah posmen. Because he delivered this birthday gift :)

Oreo chocolates.. tema haiwan2 di hutan rimba.. hehe thanks Kedai Cokelat Berkelip :)

Dalam dia ada biskut urea oreo.. putar, jilat, celup.. tade mase eh nak putar2.. ngap je
Malam sebelum tu, kemain tunggu pukul 12 malam nak wish.. masalahnye memang 2-2 orang jenis bedtime awal.. ceit tak mencabar langsung. Pukul 11.30 malam dah rasa ting tong dah.. pastu tunggu2, tup tup tertido.. die pon tertido di malam hari jadi sendiri.. elok la sangat -_-" Patut bela kucing je biar dia cakar muka bila pukul doblas.. anyway, I woke up soon after to wish, he woke up soon after to reply, pastu sambung pengsan


The next day, I wasn't expected baby akan muncul! Memang berharap nak tengok baby cepat2 sebab dah dekat due date tapi nampak akak rilek je pi kije dengan hasben.. dengan anak2 lain kiri kanan nak gi skolah.. macam iklan kedai pakaian Hari-Hari ayuh kembali ke sekolah hahaha tapi bila balik kije, katanya nak pi check kejap.. tup tup lepas Maghrib tu dah bersalin! Aii pantas dan efisien cam gi bayar bil -..-"


So this is the babyyyy :D It's a girl!



Merah pipi.. malu kot sebab dah keluar dari perut.. ala malu malu pokok semalu

Kasih ibu vs kasih mertua.

Assalamualaikum! :) Walaupun Bie belum kawen, mak selalu pesan (selalu = 10 kali ke atas -_-) supaya hormat mertua macam hormat mak sendiri. Sayang mertua, jaga hati mertua etc etc sebab mertua tu lah the one yang besarkan pasangan kita sampai jadi orang.. sampai jadi suami kita. Maknanya good job la sebab kita mesti dah pilih kawen dengan orang baik2 bukan dengan penyagak.. so berterima kasih la kat mak mertua!


Tapi, adakah mertua itu boleh berada di tangga no 1 dan mak kita pulak tangga no 2?



Sebab, normally orang sayang mak sendiri lebih dari mak mertua.. but then, some choose the other way around. Dalam drama misalnya. Bagi Bie, it's okay to have that kind of feelings under different circumstances - contohnya parents kita pendera atau penagih dadah ke so kalau berlindung dengan mertua ok skit. Tapi kalau cuma perbezaan material atau benda2 kecil, ibu masih tetap ibu dan takkan sama dengan mertua. No matter how much kita rasa mertua kita superb.


Why?



Sebab paling2 awal kita kawen pon, katekan laa dah umur 20. Kawen muda haa. Masa umur 20 tu kita dah pandai jaga makan sendiri, urus diri sendiri, basuh berak sendiri.. hidup & emosi pon dah stabil. so mertua kita kenal kita dalam keadaan kita yang, almost, perfect. Tapi mak kita? Our own mother? Yang mengandung & beranak tu standard ah tugas yang paling agung sekali kan.. pastu layan kerenah kita masa kecik,.. and mind you, kita semua ni masa kecik2, adalah makhluk yang annoying. Yes, semua orang. Including me. Bila masuk remaja, early teens, late teens, lagi macam-macam isu. Sampai pening kepala si ibu.. 




That's why I think we cannot compare mak & mak mertua. Love both of them for their own deeds. Love them qually is better. Tapi kalau in case tersayang lebih kat mana2 salah satu, don't let the other knows. Macam orang berpoligami pun, Allah suruh adil tapi Allah tahu kita tak mampu divide kasih sayang sama rata kat semua isteri because feelings ni subjektif, bukan macam duit yang boleh bahagi sama rata. And that's okay. Tapi Allah marah kalau kita tunjukkan sangat bias kita tu, sebab nanti ada hati yang terluka..


Tak sabar pulak nak berkenalan dengan mertua eh opss


Sayonara Terengganu, welcome ___. !

Assalamualaikum! :) So yesterday I said bye2 to Terengganu already :') alkisahnya 23 Feb baru nak balik Melb.. tapi Ciksu ada tugas yang besar menanti di Pantai Barat Malaysia neh~

Tugas apa Ciksu? Tugas apa? 

Citeeeee laaa kat kitoranggg

Adui pitamm..hehehe.. my sis due next week! So sebab tu datang sini.. sebab dah membilang hari kan.. Wohooo walaupun dah ade banyak anak sdare tapi I'm always excited for a new one. Lama dah tade baby okeh! Kalau umur 4, 5 tahun ni tak kira baby dah ye anak2 sdare ku.. dah masuk tadika ni baby ape nye. Tapi budak2 ni masih manje sememeh dengan Cik Su dia especially yang tengah tu.. kakak kawasan.. Rawdhah namanya.. sekali mintak dukung, harusss lah dukung dengan gigih walaupun naik turun tangga!

kacau Cik Su baru siap solat.. memanjat2

Doakan lah keselamatan kakak saya & baby ye.. :) Ok memang tipu kalau orang cakap, orang tubuh kecik, perut pun kecik masa pregnant... oh tidak... I thought so too tapi tak.. kakak pun jenis kurus-kurus serupa Bie tapi perut diaaa... dinasourrrrrrr hahaha


menghitung hari.. detik demi detik... pehh feeling lak


Risau pun ade gak.. sebab beranak bukan senang kan.. tapi kalau dah beranak 3 kali adekah semakin mudah? Mak cakap tak.. each pregnancy is different.. apa-apapun, doakan sajalah semuanya selamat!


Resepi: Nasi minyak + Gulai ayam - Kampong Style

Assalamualaikum... :) Semalam masak nasi minyak + gulai ayam dengan mak.. lupa nak blog. Ok ni lah resepi gulai ayam zaman-berzaman mak! Simple je.. asalkan bahan ada, insyaAllah menjadi.. mulakan dengan Bismillah!

Firstly, u should have ayams.. 

Masukkan bawang goreng dan rempah gulai

...diikuti bawang kisar, sos tomato dan susu pekat manis

Lepas tu kacau2 dan perap at least 30 mins.. lagi lama lagi best
Bila dah perap lama, tumis rempah - cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.. lepas tu masukkan ayam yang dah perap dengan bahan2 tadi dan tambah 2 cawan air. Boleh letak sekali carrot, kentang, dan daun pandan supaya osem possum


Biarkan atas dapur sehingga bosan.



Pastu siaplah! :DD Tadaaaaaaaaa

Nak buat nasi minyak pulak,  lebih kurang je bahan dia.. mula2 tumis rempah2 macam kat atas tu.. tumis dalam periuk nasi elektrik terus (means: ON kan suis dia, bila panas, tumis)  Bila dah naik bau, masukkan air.. (banyak mana air bergantung pada berapa cawan beras kita guna).. dan masukkan sekali 2-3 sudu sos tomato dan susu pekat manis.. kacau2.. bila mendidih, masukkan beras :) Kena kacau2 selalu supaya nasi tak berkerak kat bawah


Kalau nak nasi minyak warna-warni..

Bila hampir masak letak pewarna (yang dah campur air sikit.. tak nak pure kaler sangat) di tempat berasingan

Letak pewarna tu dan biar dulu.. tutup dulu periuk.. JANGAN kacau terus nanti kaler bercampur2 terus jadi buruk.. biar dulu bagi nasik masak betul-betul dulu :)
Bila nasi dah masak, dah kering sikit, barulah kacau2.. :)
Selamat mencuba :)

Aduan Kepada Tuhan.

Assalamualaikum w.b.t.


Saya menulis ni, untuk memberitahu kepada orang yang sedang diuji Tuhan, berbahagialah.


Sungguh, berbahagialah.. :)




.....


Dah hampir 2 tahun ayah saya diserang strok. Sebelum itu, nak dikatakan, strok ini ada banyak jenis..dan berbeza pulak la kesannya kepada individu. Jadi individu yang mengalami strok tidak semestinya sama kesannya dengan seorang lagi yang turut kena strok. Mungkin seorang sembuh dengan cepat, mungkin seorang kena strok lalu terus mati, seorang lagi lumpuh terus sebelah badan dan seorang lagi boleh berjalan tapi hilang ingatan. Jadi, berbeza-beza.


Cukup dikatakan, yang ayah ini, sedikit demi sedikit saya melihat tubuhnya, fikirannya makin banyak disability. Mungkin berkait juga dengan usianya yang sudah 70 lebih. Jadi cuti kali ini dihabiskan untuk berada di sisi ayah. Kedengarannya senang, seperti duduk saja di sebelah ayah. Hakikatnya, hanya yang pernah merasa akan tahu.. Senang untuk taat kepada ibu bapa yang memberi apa saja kita mahu, bawa ke mana saja kita mahu pergi...




...tapi ketaatan sebagai anak benar-benar teruji apabila kita tak mendapat balasan material sebegitu di dunia sebaliknya hanya mengharap redha Allah dan takut azab Dia kalau kita gagal jalankan tanggungjawab sebagai anak. Seperti mudahnya taat kepada suami yang setiap hujung minggu beri kita hadiah dan bawa melancong, berbanding taat kepada suami yang gajinya cukup-cukup makan saja, tiada hadiah walaupun di hari istimewa. TAPI, berbeza tahap ketaatan itulah yang membawa kepada bezanya ganjaran dari Allah s.w.t.


.....


Mengadu. Saya ingin berpesan kepada kawan-kawan, cukup-cukuplah mengadu di Facebook. Saya rasanya mengadu di Facebook atau apa saja laman sosial ni seperti satu penghinaan kepada Tuhan. Kenapa?

1. Kita menjaja kepada semua orang betapa kita tidak puas hatinya kepada apa yang berlaku dalam hidup kita
2. Kita letakkan Allah di tempat nombor 2


Mengadu kepada manusia, manusia akan bosan. Percayalah. Dan manusia kebanyakannnya tidak akan membantu atau tidak tahu cara untuk membantu. Tapi Allah, Dia tidak akan pernah bosan. Dan Dia boleh membantu. Dan dia MAHU dengar kita mengadu. Dia rindu untuk dengar kita merintih.

Bila kita terpilih untuk diuji, berbahagialah. Sungguh, berbahagialah. Sebab betapa ramai di luar sana, Allah hanyutkan mereka dengan pelbagai nikmat. Dan di penghujung hari, mereka sudah tidak rasa perlu berdoa kepada Allah kerana rasa sudah cukup. Ibadah pun sambil lewa saja kerana dunia lebih seronok. Tak sabar nak sudahkan solat kerana lepas ni mahu buat ini, mahu ke situ sini. Makin lama makin lalai. 


.....

Berbalik kepada cerita.


Kita tak tahu sebesar mana sebenarnya kekuatan yang kita ada, hinggalah kita diuji. Siapa2 yang pernah ada ahli keluarga yang terkena strok, akan faham. Tak dapat diceritakan secara detail di sini, tapi cukuplah untuk saya berkata, ada harinya memang terasa seperti semua tenaga dalam badan ini, habis. Physically, mentally, emotionally. Bila tiba malam, tidur. Dan esok bakal diuji lagi. Dan saya dah faham istilah 'terasa seperti air mata sudah kering'. Di mana hati rasa sangat hiba, tapi kita sudah tak menangis lagi. Terkadang, walau ayah di depan mata, saya terasa rindu pada ayah yang dulu. Yang masih boleh berjalan menemani saya ke mana-mana. Tapi saya juga sayang ayah yang sekarang ini. Saya rasa sayang seadanya dia, dalam segala ketidakmampuan dia. Saya sayang. Sebab dialah satu2nya ayah yang saya ada.


Tapi, tak kisah se-horror mana pun kita rasa ujian kita, sentiasa kena bandingkan dengan orang yang lagi teruk ujiannya. Tu buat kita mampu bertahan dan reti rasa bersyukur.


Jadi sahabat2 yang diuji... berbahagialah.. :) Allah s.w.t. sedang melihat kamu..


Bahagia itu letaknya bukan pada material..