Assalamualaikum :) Apa khabar sume? Eeee cuti dah nak habis! Khamis ni say bye bye to Msia wuwuu
Semalam, ternampak perbualan 2 orang kawan + 1 orang Bie tak kenal di FB, tetiba keluar persoalan tentang satu hukum dalam Islam. Hari tu dalam Tanyalah Ustazah, Ustazah ada cerita detail tentang tu, so Bie pun tulis la sikit apa yang Bie tahu. Tiba-tiba ada kawan Bie mesej di FB.
Semalam, ternampak perbualan 2 orang kawan + 1 orang Bie tak kenal di FB, tetiba keluar persoalan tentang satu hukum dalam Islam. Hari tu dalam Tanyalah Ustazah, Ustazah ada cerita detail tentang tu, so Bie pun tulis la sikit apa yang Bie tahu. Tiba-tiba ada kawan Bie mesej di FB.
"hati-hati dengan orang ni.. baik Bie takpayah komen apa2." Begitulah lebih kurang ayat dia. Dan ada seorang lagi kawan Bie turut hantar private mesej supaya Bie takpayah layan orang itu.
Wah sampai 2 orang advice,.. apelaaa yang Bie tempah kali ni kan -_-" ----> selalu menempah benda2 yang mendebarkan
Bie pun tanya kenapa, kawan pun explain cakap orang itu jenis salafi, jadi hati-hati. Bie pun cam, hurmm..? Oh ya kalau uols nak tahu apa itu salafi, boleh Google hehe sebab Bie nak explain pun tak reti. Tapi pendek kata, orang macam ni amat suka berhujah dan melontarkan dalil-dalil. Kalau cam orang lontarkan Pokemon suh berlawan, orang ni lak lontarkan dalil. haa camtu ah lebih kurang
Jadi seperti yang Bie agak, kalau Bie komen something tentang isu tu, mesti dia akan hurai panjang berjela dan provoke supaya orang akan layan dia main hujah dan supaya dia boleh menang. Dan memang tu pun yang berlaku. hehe.. tapi lepas dia tulis panjang-panjang tu, Bie tak reply dah. Bagi Bie, orang begini, elok biarkan saja. Sebab kalau Bie cakap tentang ulamak itu ini, bimbang nanti dia perkecilkan pula ulamak tu. Itu selalu berlaku bila deal dengan orang sebegini. Baik Bie tutup mulut dan makan nasik eh makan nasik camne kalau xleh bukak mulut
Tapi lepas solat Zohor tadi, Bie berdoa supaya Allah guide dia menjadi lebih baik. Lebih terbuka dan lebih lembut hati. Sayang pulak, orang ini nampaknya tinggi ilmu, dan bagi Bie orang-orang yang banyak ilmu wajar didekati oleh orang lain. Dihormati dan dikasihi. Tapi apa yang Bie nampak, orang2 lain seperti 'takut' dengan dia. Bie pun ada kawan-kawan berilmu yang dikira alim, tapi mereka ada ramai kawan dan amat mesra. Semua orang nak duduk dekat dengan mereka untuk share ilmu. Tapi orang ini, kawan2 dia kat FB pun tak ramai. Tapi Bie pun taknak assume. Semoga one day dia menjadi seorang pendakwah yang berjaya mendekati masyarakat dan kongsi ilmu dia tu.
Anyway, tadi mak Bie hadiahkan Bie satu buku :))
| Mak suka sangat bagi buku2 camni kat anak2.. hehe pasal pesan2 ibu |
| Yang ni Bie beli sendiri.. rasa cam cetek sangat ilmu tentang isteri2 Nabi.. ingin tahu kehidupan diorang macamana |

..................

0 OraNg CaKar Sofa:
Post a Comment