Aduan Kepada Tuhan.

Assalamualaikum w.b.t.


Saya menulis ni, untuk memberitahu kepada orang yang sedang diuji Tuhan, berbahagialah.


Sungguh, berbahagialah.. :)




.....


Dah hampir 2 tahun ayah saya diserang strok. Sebelum itu, nak dikatakan, strok ini ada banyak jenis..dan berbeza pulak la kesannya kepada individu. Jadi individu yang mengalami strok tidak semestinya sama kesannya dengan seorang lagi yang turut kena strok. Mungkin seorang sembuh dengan cepat, mungkin seorang kena strok lalu terus mati, seorang lagi lumpuh terus sebelah badan dan seorang lagi boleh berjalan tapi hilang ingatan. Jadi, berbeza-beza.


Cukup dikatakan, yang ayah ini, sedikit demi sedikit saya melihat tubuhnya, fikirannya makin banyak disability. Mungkin berkait juga dengan usianya yang sudah 70 lebih. Jadi cuti kali ini dihabiskan untuk berada di sisi ayah. Kedengarannya senang, seperti duduk saja di sebelah ayah. Hakikatnya, hanya yang pernah merasa akan tahu.. Senang untuk taat kepada ibu bapa yang memberi apa saja kita mahu, bawa ke mana saja kita mahu pergi...




...tapi ketaatan sebagai anak benar-benar teruji apabila kita tak mendapat balasan material sebegitu di dunia sebaliknya hanya mengharap redha Allah dan takut azab Dia kalau kita gagal jalankan tanggungjawab sebagai anak. Seperti mudahnya taat kepada suami yang setiap hujung minggu beri kita hadiah dan bawa melancong, berbanding taat kepada suami yang gajinya cukup-cukup makan saja, tiada hadiah walaupun di hari istimewa. TAPI, berbeza tahap ketaatan itulah yang membawa kepada bezanya ganjaran dari Allah s.w.t.


.....


Mengadu. Saya ingin berpesan kepada kawan-kawan, cukup-cukuplah mengadu di Facebook. Saya rasanya mengadu di Facebook atau apa saja laman sosial ni seperti satu penghinaan kepada Tuhan. Kenapa?

1. Kita menjaja kepada semua orang betapa kita tidak puas hatinya kepada apa yang berlaku dalam hidup kita
2. Kita letakkan Allah di tempat nombor 2


Mengadu kepada manusia, manusia akan bosan. Percayalah. Dan manusia kebanyakannnya tidak akan membantu atau tidak tahu cara untuk membantu. Tapi Allah, Dia tidak akan pernah bosan. Dan Dia boleh membantu. Dan dia MAHU dengar kita mengadu. Dia rindu untuk dengar kita merintih.

Bila kita terpilih untuk diuji, berbahagialah. Sungguh, berbahagialah. Sebab betapa ramai di luar sana, Allah hanyutkan mereka dengan pelbagai nikmat. Dan di penghujung hari, mereka sudah tidak rasa perlu berdoa kepada Allah kerana rasa sudah cukup. Ibadah pun sambil lewa saja kerana dunia lebih seronok. Tak sabar nak sudahkan solat kerana lepas ni mahu buat ini, mahu ke situ sini. Makin lama makin lalai. 


.....

Berbalik kepada cerita.


Kita tak tahu sebesar mana sebenarnya kekuatan yang kita ada, hinggalah kita diuji. Siapa2 yang pernah ada ahli keluarga yang terkena strok, akan faham. Tak dapat diceritakan secara detail di sini, tapi cukuplah untuk saya berkata, ada harinya memang terasa seperti semua tenaga dalam badan ini, habis. Physically, mentally, emotionally. Bila tiba malam, tidur. Dan esok bakal diuji lagi. Dan saya dah faham istilah 'terasa seperti air mata sudah kering'. Di mana hati rasa sangat hiba, tapi kita sudah tak menangis lagi. Terkadang, walau ayah di depan mata, saya terasa rindu pada ayah yang dulu. Yang masih boleh berjalan menemani saya ke mana-mana. Tapi saya juga sayang ayah yang sekarang ini. Saya rasa sayang seadanya dia, dalam segala ketidakmampuan dia. Saya sayang. Sebab dialah satu2nya ayah yang saya ada.


Tapi, tak kisah se-horror mana pun kita rasa ujian kita, sentiasa kena bandingkan dengan orang yang lagi teruk ujiannya. Tu buat kita mampu bertahan dan reti rasa bersyukur.


Jadi sahabat2 yang diuji... berbahagialah.. :) Allah s.w.t. sedang melihat kamu..


Bahagia itu letaknya bukan pada material.. 




1 OraNg CaKar Sofa:

fisha said...

sy menangis baca entry ni :((