Perubatan Islam Part 2 - sakit jantung/ darah tinggi/ kolestrol, sakit saraf, jaundice, lambat jodoh etc

Assalamualaikum ^_^ satu lagi pagi yang indah.. :) Ok jom sambung! *mukaddimah pendek 2 saat je -_-

Penyakit2 dalam dada
Sakit dada ke patah hati?
Penyakit2 dalam dada ni antaranya masalah jantung, darah tinggi, kolestrol dan sebagainya. Ada 2 ayat yang boleh diamalkan. Untuk rawatan biasa2 (belum kritikal) boleh amalkan baca ayat2 ni 7x setiap lepas solat, sambil meletakkan tangan kanan di dada.

[Yunus: 57]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

[Al-Fussilat: 44]
Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

Itu untuk amalan setiap hari.. tapi kalau dah agak serius penyakit tu, boleh baca ayat ni kat air dan minum.. :) masa baca tu, juga baca Al Fatihah, ayat Kursi, selawat Syifa' dan selawat ke atas Nabi..

Sakit urat saraf
Ni tadi ada seorang pemanggil yang takboleh angkat tangan, tapi bukan strok. 

Kena gari pun bukan
So Ustaz tu cakap kemungkinan sakit saraf la. Antara rawatannya adalah mengurut2 kawasan yang sakit tu sambil baca selawat Syifa', Surah al-Fussilat ayat 44 tadi, dan juga:

[As-Syuara: 80]
Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.

Demam kuning (bayi)
Untuk penyakit2 melibatkan bayi ni,. mula2 kita baca Al-Fatihah, ayat Kursi dan kemudian:

[An-Nahl: 78]
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Gangguan Tempat


Antu tangga eeeeeeeeee

Yang ni sebab tadi ada pemanggil mengadu katanya suami dia bila kat rumah ok, bila sampai tempat kerja je terus tumbanggg T_T Pastu bos bagi cuti lama, masa cuti ok, sambung kerja balik tumbang (pengsan) lagi.. kesian kan. Katanya jadi lemah badan camtu. Ustaz tu cakap ni sama la dengan kes budak2 sampai kat sekolah terus meraung2 atau baru pakai baju sekolah dah pitam.. ni sebab kita share dunia ini dengan jin, masalahnya jin nampak kita tapi kita xleh nampak dia.. so kadang2 bila masuk tempat ada jin, ada antara kita yang diganggu.. jadi amalkan ayat ni:

[Al-Hasyr: 21]
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


Lambat jodoh/ masalah suami isteri:


Sallih Yaakob tiada kena mengena dalam hal ini
Tadi ada pemanggil yang cakap dia terkena sihir penghalang jodoh.. antara tanda2 orang terkena sihir sebegini adalah sakit perut menjelang Maghrib, sakit belakang dan jiwa kacau.. orang yang tengok dia pulak tak rasa tertarik. Ayat yang boleh diamalkan adalah:

[Al-Baqarah: 102]
[Ar- Rum: 21]
[Yasiin: 36]

Ayat2 di atas ni tentang kelemahan sihir yang menggugat suami isteri (ayat Al-Baqarah tu) dan juga tentang betapa semua makhluk di dunia ini dicipta berpasangan.. untuk masalah ni, kena juga bezakan yang mana disebabkan sihir dan yang mana disebabkan oleh kelemahan diri sendiri ok.. mungkin kita x perasan ada sifat2 diri kita yang perlu diubah kan? Tapi still, jodoh tu Allah yang tentukan.. cepat atau lambat itu semua dalam perancangan-Nya..


Esok Ustaz tu akan cakap tentang masalah hati (rohani) pulak, dan juga masalah budak lambat bercakap, terlalu pemalu etc.. jom tonton! :)


Perubatan Islam merawat: - santau, sihir, saka, haid tak menentu & barang kerap hilang (toyol)

Assalamualaikum w.b.t. :) Tadi dalam Tanyalah Ustaz ada topik best iaitu pasal Indahnya Perubatan Islam oleh Ustaz Sharhan Shafie. Untuk topik camni memang kena siap2 buku nota sebab otak tak mampu nak hafal sume ayat yang Ustaz bagitau -_- Perubatan Islam ni adalah merawat guna ayat Al-Quran atau sunnah Rasulullah s.a.w, selalu digunakan bila perubatan moden tak berjaya tapi ada jugak yang jadikan ni sebagai 1st option sebelum jumpa pakar. Bagi Bie, lagi baik kalau seimbangkan dua2  :)

Ustaz Sharhan :)


Santau
Santau ni satu penyakit yang amat dahsyat sebab penyakit ni makan dari dalam. Dan doktor memang tak boleh nak detect la sebab tak nampak kan.. jadi selalunya pesakit menanggung sengsara dalam keadaan tertanya2 sebab tak tahu dia sakit apa. Santau yang paling kuat adalah santau angin. Antara tanda anda ada santau angin adalah nafas berbau, berdebar tanpa sebab, sakit belakang, batuk berlarutan, kulit pecah dan susah dapat anak. Penawarnya adalah surah Furqan, ayat 23 yang bermaksud:

"Dan Kami (Allah) hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami (Allah) jadikannya debu yang berterbangan."

Maknanya di sini, kita berdoa supaya Allah melindungi kita dari santau tu.. debu berterbangan memang nampak lemah kan? Jadi dah tak boleh membahayakan kita dah insyaAllah



Sihir
Sihir ni ada macam-macam jenis.. Minyak pengasih pun termasuk dalam sihir. Benda2 yang guna 'bantuan' selain Allah ni sihir. Tadi ada beberapa pemanggil yang mengadu tentang sihir. Ada yang cerita pasal rumah dia mungkin ada sihir. Ustaz tu cakap, setiap rumah manusia dihuni satu jin, dan kerap baca Quran akan menyebabkan jin tu lari. Jadi selalu amalkan mengaji. Antara tanda rumah kita ada sihir / jin adalah: selalu nampak ada bayangan melintas, dengar bunyi tertentu yang asing, dan dengar bunyi seperti ada orang di tingkat atas yang mengalihkan perabot2/ bunyi mesin etc.. (yang ni selalu dengar masa kat asrama dulu aaa :O) Untuk kes ni, kerapkan baca ayat Kursi dan azan di tiang seri rumah jika ada. Sebab iblis amat takut pada azan. Kalau takde tiang seri jangan takjadi azan pulak yer

Pelaris pun sihir tau! Sila hati-hati!


Ada pula jenis sihir yang menyebabkan mangsa sakit kulit/ mana2 anggota badan. Gatal2 di tangan, bibir dan sebagainya. Untuk ubati sihir ini, guna minyak zaitun (untuk sapu di bahagian badan yang terlibat). Caranya:

Solat hajat (lagi baik kalau sekeluarga solat dengan ayah/ mak sebagai imam), baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Selawat 7x.. dan kemudian baca:

[Yunus: 81-83]
[Al-Furqaan: 23]
[Yunus: 57]
[Hud: 57]

Boleh rujuk terjemahan untuk tahu maksud setiap ayat.. rajin2 kan bukak Quran terjemahan ye :)


Saka
Haaa yang ni agak seram. Sebab apa? Sebab saka ni tak semestinya kita dapat warisan/ orang bagi kita tapi kita mungkin dapat saka sebab saka tu sendiri berkenan dan mahu mendampingi kita, nauzubillahi minzalik. Kadang2 kita tak perasan pun ada saka. Selalunya, orang yang ada saka ni mempunyai tanda yang sama iaitu mereka sering bermimpi. Antara mimpi yang dialami orang yang ada saka adalah:

- mimpi menyusu/ dukung/ riba baby
- mimpi jatuh dari tempat tinggi
- mimpi berada di kawan kubur/ tempat buang sampah
- mimpi kena kejar
- mimpi ular, sama ada dipatuk, dibelit etc
- mimpi orang beri sesuatu kepadanya

Kalau kerap sangat mimpi2 seperti di atas sila check diri sendiri aaaa :O Jadi selalunya lepas bangun tidur mereka akan rasa sangat penat dan kemudian ada kesan2 lebam pada tubuh. Err tapi ustaz tu cakap kalau lebam tu kat leher, kena tanya suami dulu aaaa okbye

Abangggggg!!!!!!!!!!!


Antara cara menghilangkan/menjauhkan saka adalah mengamalkan ayat2 ini:

Zikir La illah ha ilalloh wahdahula syarikalah (sampai habis) --> baca 5x lepas solat

Dan ayat yang dibaca oleh Nabi Yunus yang dengan izin Allah menyebabkan ikan memuntahkannya kembali:
la Ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin


Haid tak menentu
Yang ni selalu dialami oleh anak2 dara.. tapi ada juga mak2 dara yang masih ada masalah hihihi.. selalunya masalah haid ni disebabkan hormon tapi ada juga yang lebih serius disebabkan oleh penyakit, nauzubillahi minzalik. Masalah haid ni merangkumi haid terlalu lama/ sekejap, tak teratur, senggugut kuat, haid tak datang2 lepas berbulan2 etc

Ustaz tadi ada baca satu ayat tapi sory tak sempat nak tangkap ayat tu hadis atau apa. Katanya kesan darah yang dialami perempuan (di luar kitaran haid) adalah sebab iblis yang mengacau.. Pada diri perempuan, iblis amat suka rahim. Darah yang keluar yang takde reason tu kerana cakaran iblis pada rahim. Iblis memang suka mengganggu camni sebab bila kita keluar darah, ibadah kita terganggu dan boleh buat kita tertekan. Jadi iblis amat suka melemahkan kita sebegini... tapi kita pulak takleh tewas dengan iblis yer


Caranya:
Ambil madu asli (cara test madu asli: celup mancis sikit dan goreskan. Kalau tak menyala, TAK ASLI :( kalau menyala, ASLI :D Ni ustaz tu ajar) kemudian letak depan sejadah dan solat hajat. Baca Al-Fatihah, ayat Kursi, surah An-Nahl ayat 69, selawat dan tiupkan kemudian minum. Satu hari sesudu :) InsyaAllah lepas tu sembuh..
Madu yang mak selalu beli :)


Barang kerap hilang (toyol?)
Ustaz cakap, orang Melayu suka menamakan benda2. Iblis dipanggil sebagai pocong, dipanggil hantu penanggal, dipanggil toyol dan sebagainya. tapi asal2nya adalah iblis atau jin. Toyol tu perkataan yang orang kita guna ajer. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi ada jin jenis suka mencuri ni.. ok panggil toyol lah senang citer kerana sifatnya yang suka mencuri.


Nabi s.a.w. mengamanahkan Abu Hurairah r.a. untuk jaga kurma, pastu satu hari tengok2 kurma hilang. Abu Hurairah intai2, nampak la toyol ni lalu ditangkapnya dan dia nak bawak toyol tu jumpa Rasulullah s.a.w. Tapi toyol tu cakap dia mencuri kerana terlalu lapar (dalil ni yang ulamak guna untuk cakap yang jin juga makan dan minum seperti kita). Abu Hurairah r.a. rasa kasihan lalu lepaskan. Kali kedua, hilang lagi kurma dan toyol tu ditangkap lagi. Kemudian dia merayu pula yang anak2nya lapar sebab tu mencuri, maka Abu Hurairah r.a. simpati dan lepaskan sekali lagi. Nampak kan betapa liciknya jin ni memperdaya manusia?

Kali ketiga, kurma hilang lagi dan toyol juga ditangkap lagi. Kali ini toyol tu beritahu satu ayat yang kalau dibaca sebelum tidur, mesti tak akan dapat dikacau oleh jin hingga bangun.. iaitu ayat Kursi. Baca 7x dan usaplah ke seluruh tubuh sebelum tidur, insyaAllah diri dan harta benda kita akan terjaga sampai lah kita bangun..selalunya barang2 hilang time tido kan? 

Eh berkawan pulak die


InsyaAllah esok ada lagi sambungan Tanyalah Ustaz tentang penyakit2 fizikal seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya pulak :)


osempossum

Well how does a pharmacist and a dietician / nutritionist sounds like?




It sounds great for me :)




May Allah ease it for us, ameen.


but is this our future ok scary bye


Save up to RM3000 and more when using Cloth Diapers! :D

Assalamualaikum, jeng3.. ~~ ok entry ni tak berbayar pun! Just out of pure interest!




Cloth diapers! Sejak cuti ni suka blogwalking so kadang2 amat la random perjalanan blog ke blog.. buleh jalan dari blog mak nyah sampailah akhirnya ke blog budak sekolah belum UPSR... Semalam tetibe jumpa blog yang jual cloth diapers! Ni 1st time nampak benda alah ni.. 1st impression is, SO CUTE! Suke benar kan nak balut bontot anak orang dengan diapers kaler2 haih -_-


Tapi rasa lagi awesome bila terbaca ni dari salah satu store yang jual cloth diapers ni,

"Jika kita guna cloth diaper yang harganya RM25 per set dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun. Tetapi jika kita gunakan Disposable Diaper yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan. Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. 

RM300 vs RM4599! :D



Camne rupa cloth diaper neh?




Kat luar tu buat dari kain, die dah reka bentuk so takde leak, atau kurang leak. Ala bentuk cam pampers jugak. Yang ni boleh basuh guna washing machine. Kat dalam tu kita masukkan insert untuk absorb pee dan poo budak~

insert putih ade

insert corak2 pun adaaa :D

One thing kalau guna cloth diaper ni, kena rajin basuh la kan =_= Ok tolak 80 markah hihihi


Tapi Bie suka cloth diapers ni simply sebab comel. Comel di bontot budak, comel bila simpan kat rak dan bila jemur di ampaian!

jemur

simpan kat rak

Packing! Yang putih2 tu insert
So why did I write about this? Ntah. Mungkin sebab ada anak2 sdare baru bakal muncul so Cik Su die ni excited hahaha.. Pastu terfikir makin ramai anak sdara, makin banyak pampers guna untuk each of them dan mesti ribu2 dah habis tanpa disedari *_*


Tapi berbaloi kot guna pampers pakai buang sebab takpayah basuh so lepas berak abis citer terus buang lalala

Tapi cloth diaper sangat comellll aaaaaa rasa cam nak pakaikan kat semua teddybear okbye


p/s: Google je cloth diaper, berlambak keluar blogshop yang jual benda alah ni brrr


p/p/s: Cloth diapers sangat awesome sebab kite boleh GO GREEN! :)


Resepi: Singgang Asam Pedas :) So simple!

Assalamualaikum! ^^ Seperti biasa misi Masterchef di rumah tidak pernah selesai.. bila ntah akan disingkirkan? hihihi okay resepi singgang asam pedas ni lebih kurang je dengan singgang cuma tambah asam gelugur dan lada so die jadilah asam pedas. Kalau nak compare dengan resepi singgang dulu boleh tengok sini  ---> resepi singgang :)

Alrite, tak suka cakap banyak2, lagi suka tunjuk gambar kalau cite pasal resepi sebab senang sikit nak imagine kan? Jom!

Dalam periuk, masukkan air dan batang serai.. ketuk2 dulu serai tu nanti bau dia lagi kuat :)

Pastu masukkan ikan yang dah siap siang semua

Kemudian masukkan hasil tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit dan lengkuas :)

Masukkan asam gelugur dalam 2,3 keping

... dan sedikit garam :) Suka guna garam kasar sebab lagi berkhasiat dari garam halus

Last sekali, masukkan lada :) cili boh ke, lada giling ke.. apa2lah kan. Kalau suka pedas letak banyak2 sikit

Pastu pasang api, tutup tudung periuk dan tunggu mendidih :)


Nak tahu hasilnya? Bie suka makan dengan sambal belacan ^^


.

.

.

.

Tadaaaaaaa :D


Yummyyyyy ^__^ alhamdulillah!
Tetibe rasa nak makan patin masak tempoyak.. adehh

Gerhana Bulan esok - what to prepare? [Al-Kuliyyah ada jawapannya :D]

Assalamualaikum! ^_^ Seperti yang kita tahu, esok 10 Dis akan berlaku gerhana bulan insyaAllah dari selepas Maghrib hingga tengah malam. Pukul 9 lebih tu bulan dah ditutup separuh bayang2 dan around pukul 10 camtu bulan akan ditutup penuh sehingga menjadi gelap gelitaaa :O



Macamana boleh tahu?


Sebab tadi ada topik pasal gerhana bulan kat Al-Kuliyyah TV3! (ok fine kalau tak tengok Al Kuliyyah pun bleh tahu gak kan =..=") Tetamu jemputan dia sorang je tadi, seorang ustaz yang kerja di JAKIM jugak sebagai ahli falak. Sori ape tah nama Ustaz tersebut lupa hihihi tapi tadi best la sebab sambil die cerita, dia pun tunjuk video pasal camane gerhana tu berlaku etc.. rase cam gi lecture pulak hihi ok nak share sikit ni.. jom!


Apakah gerhana bulan?
Senang cerita, gerhana bulan ni adalah apabila bulan dihalang daripada mendapat cahaya matahari. Siapa yang halang? Bumi la.. kikiki.. waktu ni Bumi duk tengah2 antara Matahari dan bulan dan waktu ni juga lah bulan paling dekat dengan Bumi! :)



Apakah yang Nabi s.a.w. lakukan ketika gerhana bulan?
Bila gerhana bulan berlaku, Nabi s.a.w bergegas ke masjid untuk melakukan solat sunat gerhana. Yang menariknya, solat nabi tu sangat panjang tau. Selepas al-Fatihah Nabi s.a.w. membaca surah al-Baqarah, kemudian rukuk, dan kemudian bangun baca Al-Fatihah dan surah Ali Imran pula. (Jadi satu rakaat ada 2 Al-Fatihah + 2 surah) Rakaat seterusnya, Nabi s.a.w. baca surah An-Nisa' dan Al-An'am pulak. 4 surah ni merupakan antara surah paling panjang dalam Al-Quran. Dan rukuk nabi itu pula, seorang sahabat menyamakannya seolah2 lama seperti membaca 100 ayat dari surah al-Baqarah. Wah! Lama betul solat Nabi s.a.w :O


Maksudnya di sini, ketika gerhana bulan, adalah sangat digalakkan untuk kita bermunajat kepada Allah SWT! Jadi sambut gerhana bulan bukan setakat menung tengok langit, amek gamba, upload kat Facebook, main komen2 sampai pagi besok, bukan ya! Antara amalan sunah yang Nabi s.a.w. menyeru kita untuk lakukan adalah mendengar khutbah solat sunat gerhana, solat sunat gerhana, banyakkan istiqhfar, sedekah, dan berdoa! Sebab gerhana merupakan satu tanda kebesaran Allah SWT yang sangat hebat mengatur perjalanan alam ini jadi kita kena lebih2 mengingati-Nya di saat itu.

Jangan ralit sangat amek gamba.. nanti paparazzi pun xleh cari makan dah

Kesan gerhana kepada hidupan
Ustaz tadi cakap, gerhana esok ni merupakan ulangan gerhana yang berlaku pada 7 Nov 1957! Sebab kecondongannya etc hampir serupa. Lepas tu ustaz tu ajar sikit tentang pengaruh gerhana kepada hidupan. Katanya, dari 1hb (kalendar Islam) hingga 15 hb iaitu purnama, hidupan di laut jadi sangat berisi dan antibodi badan kita juga lebih kuat. 15hb onwards sampai hujung bulan, hidupan laut kembali kurang isinya dan antibodi kita juga lebih lemah.. ni hasil research tau bukan main tanya bomoh ye! hehehe macam2 lagi ustaz tadi citer tapi kang tulis panjang2 kang jadi tesis pulak


Kesan gerhana kepada alam
Gerhana bulan berlaku bila bulan purnama je tau. Bila bulan purnama, air laut pasang. Bila gerhana bulan pula, bulan paling dekat dengan Bumi, maka graviti bulan boleh menarik sebarang cecair Bumi. Jadi air pasang LAGI besar boleh berlaku. Ni boleh menyebabkan air melimpah dan banjir! Jadi kena mohon banyak2 perlindungan Allah SWT supaya tiada limpahan air yang boleh sebabkan kerugian kepada tanaman, ternakan, kemudahan etc.. dulu kes camni pernah sebabkan banjir di Bangkok akibat gerhana bulan. Semua benda hidup pun mengandungi air kan, dan disarankan kepada pesakit darah tinggi supaya berjaga2 juga ketika gerhana..

Amboi kelass kau budak main banjir pakai bath tub terus

Adakah gerhana berkait dengan peristiwa besar bakal berlaku?
Ada orang kaitkan gerhana konon bila gerhana nanti ada tokoh besar akan lahir contohnya Imam Mahdi etc.. atau ada peristiwa dahsyat akan berlaku etc.. Yang ni, bila ditanya kepada Rasulullah s.a.w., baginda menjawab yang gerhana ini tidak berlaku kerana lahirnya atau matinya seseorang. Jadi kita kena yakin yang gerhana adalah bukti kekuasaan Allah S.W.T., apa2 yang berlaku sewaktu gerhana cuma lah kebetulan :) Memang Allah kata 'jadilah', maka akan jadi!

“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.” [HR Muslim]

Wah semangatt habes pakcik2 sekalian tengok gerhana ye!


Banyak lagi info tadi.. tapi cukuplah setakat ni.. bdw, nak tahu cara solat sunat gerhana? Kat Wikipedia pun ada! Klik sini :) akhir kata, kadang2 kita tak tahu betapa banyak yang kita tak tahu selagi kita belum pergi mendengar ilmu. Bila kita dengar ilmu, baru kita tahu rupanya banyaknya benda kita tak tahu..maka jommm tambah ilmu!



Bye!


Hukum Menguap & Nampak Kaki ketika solat

Assalamualaikum ^_^ macam mane holiday kawan2? Nampaknya dah ade yang pergi berjalan-jalan banyak tempat ye, seronok! Bie tak pegi mane2 pun lagi cuti ni.. tanggungjawab di rumah sebagai seorang anak masih belum selesai.. kadang2 jadi nurse kadang2 jadi pharmacist kadang2 jadi speech therapist haa macam2 jawatan ade.. Setiap orang ada amanah masing2 yang perlu dilaksanakan.. :) InsyaAllah nanti turn Bie lak pergi berderat yer..hehe


Pagi tadi ada Tanyalah Ustaz. Tetamu jemputan dia adalah jeng3... Ustaz Zaharuddin! Boleh usha website dia sini. Tajuk tadi adalah Sempurnakah Solatku? Haa perihal solat, walau kita dah solat sejak kecil tapi dah besar panjang ni pun rasa cam tak sempurna lagi solat. Sebab kalau betul2 sempurna mesti kita dah takde buat kemungkaran langsung kan? Mungkin rukun kita dan sempurna tapi kita lupa menghadirkan hati (khusyuk) which is one of the hardest thing to get, but possible. Ni nak share sikit apa yang dapat tadi, kalau2 ade yang belum tahu.


Hukum Menguap Ketika Solat

“Bersin itu daripada Allah, manakala menguap itu dari Syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya dan jika ia mengeluarkan bunyi "aahh... aahhh..." maka syaitan ketawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Bersin itu banyak manfaat kan antaranya kita boleh release segala macam kuman yang duk bersarang dalam saluran pernafasan tu kikiki.. Menguap pulak, hmm.. ce menguap depan cermin sesungguh2 hati. Buruk ke tidak? Adekah kelihatan seperti ini?



Hambekk jiran nampak buleh pengsan kan. Kuikuikui.. Hukum menguap dalam solat adalah MAKRUH kata Ustaz tu. Tahan selagi boleh, kalau  nak menguap jugak, cuba kawal dengan rahang kita supaya menguap tu tak lah obvious sangat. Kalau memang takleh kawal rahang, mulut nak nganga jugak, tutup dengan tangan. Takpe, gerak tangan nak tutup mulut waktu nguap tu dikira sekali je so tak batal solat sebab batal kalau 3 kali berturut2. Setan ni memang suka kacau kita smayang kan?


“Apabila seseorang daripada kamu menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)



Nampak Kaki Ketika Solat
Ni tadi ada seorang perempuan bertanya, camne kalau lepas dah siap solat baru perasan nampak kaki. Kena ulang balik ke? Untuk kes begini, dimaafkan :) Sebab kaki tu adalah aurat mukhaffafah. Haa bukan najis je ada mukhaffafah tau, aurat pun ada. Kalau keluar rambut sehelai pun dikira aurat mukaffafah. Maknanya takdelah berat sangat aurat tu, maka dimaafkan. Islam ni mudah, jangan kita buat jadi payah. Tapi jangan mempermudahkan sangat pulak. Kalau dah sampai tersingkap betis tu dah tak mukhaffafah dah ye.. hehe.. Make sure lepas ni berhati2 ok jangan sampai nampak lagi..

Pehh cantekk lak telekung kaler pink.. tapi kang makmum belakang duk tenung2 hii


Banyak lagi persoalan2 tadi, lagi bagus kalau tengok sendiri. TV9 banyak rancangan bagus, begitu juga chanel2 lain.. kadang2 tengok movie pun bagus kalau ade pengajaran yang kita bleh amik kan? Asalkan dalam movie tu tade yg menyalahi syarak la.. which is susah benar nak jumpa skang =_=" Tanyalah Ustazah pun best sebab ustazah dia cakap lembut2 je so orang tua macam makcik2 boleh la follow2.. kalau yang jenis pong pang pong pang cakap cam ribut tu kesian pulak eh orang2 tua takleh nak catch up.. hehe


p/s: Doakanlah semua berjalan lancar ye.. up to you to definine what is 'semua'..




Dreamhouse #1 - Living Room

Assalamualaikum! :D Akibat terlalu banyak masa lapang ketika cuti, maka otak pun berfikir tentang benda yang tak dapat difikir secara mendalam ketika sibuk di uni, iaitu bagaimanakah rupanya rumah idaman suatu hari nanti. Peh ayat berjela dah boleh buat pantun. Rumah idaman tak semestinya rumah yang kita beli banglo besar sebijik dengan swimming pool, boleh jadi rumah idaman tu nanti adalah apartment kecil yang mula2 disewa masa kerja nanti ke.. kan? :)

Baru tahu rupanya kami (bergantung pada imaginasi korang camane nak definisikan 'kami' tu) ada minat yang sama iaitu amat suka membelek iklan perabot dalam suratkhabar especially Harian Metro yang selalu ade iklan barang2 rumah camtu. Ingatkan Bie je suka cuci mata hihi ~ memang mata amat pantas detect set perabot mana yang paling murah, cantik, dan paling best kalau berjaya dimiliki. Peh dah mula memiliki ciri2 surirumah bermata tajam yang amat dibimbangi oleh para suami 


So, sementara cuti ni, Bie rasa cam why not fikir design rumah sebab dah tade benda lain nak pikir? =_= My taste is something that is simple, practical but still stylish. Tak suka hiasan padat2 sangat, contohnya perabot kayu berukir2 sarat tu, atau beranda yang banyak sangat pokok sampai nampak cam Taman Negara, urgh too heavy. Nak yang sedap mata memandang :) Selain tu, nak warna cerah, tapi taknak just simply white. Dull. Nak ada kaler lain walaupun background memang putih.


So Google2 jumpa 2 design yang sangat menarik hati :) Tadaaaaa :D



Isn't it gorgeous? :D Yang 3 frames pattern biru gambar atas tu, Bie boleh buat sendiri je. Because I enjoy painting! Kalau malas, boleh pergi kedai kain, cari fabrik & corak yang sesuai, pastu frame-kan! Simple! Kadang2 kena fikir out of the box je untuk decorate rumah sambil berjimat hihi~ Bie suka sofa dia jenis fabrik tu sebab selesa bergolek2 sambil tengok TV hehe.. yang lain2, meja, langsir dan sebagainya pun nampak simple :) Kalau nak pindah rumah pun senang je nak angkut perabot2 ni kan!


2nd design yang berkenan di hati,



Merah! Ni kalau putih dan brown je mesti dull habes. Letak langsir merah, bantal merah, dah jadi awesome!! Suka bunga atas meja tu :)) Perabot2 dia pun nampak simple je kan? Simple tapi selesaaaa :D Ok gambar bawah yang ada corak mata kat dinding tu, amat tak berkenan ye.. buh gambar len ah -_-


Overall, dua2 design ni sangat menarik hati sebab tak padat. Kalau ruang tamu kecik pun nampak luas. Tak suka barang banyak2 nanti rasa serabut. Cukup ada sofa, meja, TV, hiasan sikit2 - just perfect! Dengan modal yang sederhana, boleh dapat hasil yang awesome kalau ada creativity kan :D


Okbaii berjumpa lagi kita di episod seterusnya dalam rancangan Dreamhouse Cik Bie, TV9! Ade keee?


Resepi mudah & sedap! Tumis laksa a.k.a mi sup Terengganu

Assalamualaikum! Semalam dah belajar cara buat pengat pisang kan, hari ni jom buat tumis laksa! \(^_^)/ Ni satu menu feveret everytime Bie nak balik dari asrama ke apa, kalau mak tanya nak makan apa bila sampai rumah, mesti cakap nak tumis laksa hehe. Resepi ni pernah kuar dalam TV tapi dia panggil mi sup Terengganu dalam rancangan tu..


Ok mari mula! Mula2 kita tumiskan bawang putih dalam 3 ulas dan bawang merah kecik2 tu dalam 7, 8 ulas ke... jangan lupa potong halus2.. letak seketul camtu kang kena debik ngan mak hihi~ Lepas dah naik bau dan kekuningan, masukkan air dalam 3,4 cawan ke.. kalau air rebusan ikan lagi bagus supaya rasa ikan tu lagi umpphh.. tadi guna air rebusan tulang2/kepala ikan kembung! Isi ikan yang mentah tu guna buat fishball untuk next step nanti-

Ni lepas tambah air tadi :) Kacau kacau lalala

Masukkan ubi keledek dalam 3 bijik dan tunggu mendidih 

Bila mendidih, masukkan fishball :D

Fishball kat rumah Bie amat special ye sebab buat manual habis.. Isi ikan mentah tu, tumbuk2 dengan bawang sikit pastu gentel2 jadi bulat.. so rasa ikan die memang sedap! Sebab tade campur dengan sagu atau bahan2 lain langsung macam fishball segera tu.. Tapi kena gigih sikit lah sebab ada tulang2 bagai kan kena asingkan.. ade jugak orang yang lagi suka pergi kedai keropok lekor dan beli isi ikan yang belum digentel untuk buat fishball macam di atas.. jimat masa!

mmm.. fishball dah masak, kita masukkan garam dan lada hitam sikit ye supaya rasa pedas2

Bila rasa sup tu dah sedap, masukkan mi lidi yang dah direndam dalam air panas dan siap ditoskan

Masukkan kobis atau sawi, atau mana2 sayur lah :)

Last sekali masukkan daun bawang supaya aroma lebih umpphhh ;D


Pastu siap lah! :D Taktau kenapa nama dia mi sup Terengganu, mungkin sebab banyak guna ikan kot.. Kalau nak lagi sedap boleh makan dengan sos cili atau tomato ke, so rasa masam2.. tapi Bie suka tumis laksa ni seadanya.. mmmm seharian makan pun takkan bosan! :DD

Tadaaaaaaaa

Pergghhh sodappp
Selamat mencubaaaa ;)

Resepi mudah & cepat: Pengat Pisang guna periuk nasi elektrik :)

Assalamualaikum :) Hari ni nak share resepi pengat pisang sebab tadi baru masak dengan mak :D Sebenarnya banyak je lauk dan juadah yang boleh masak guna periuk nasi, cuma kena kreatif nak pikir caranya hehehe.. Untuk pengat pisang, sedap guna pisang yang rasa masam sikit. So nanti bila jadi pengat dia akan rasa masam-masam manis. Mmmmm :) Kali ni, kita guna pisang nangka ok? Kenal tak pisang nangka?


Tadaaaa :DD

Pisang nangka bergantungan bawah meja makan hihi naseb tak bela kera lam umah

Yang hijau2 besar tu la pisang nangka :) Tadi guna byk jugak dalam 2 sikat pisang. Ok mula-mula kita kupas kulit pisang tu, pastu potong2 pisang jadi kecil2. Masukkan dalam periuk nasi, tambahkan air sampai tenggelam pisang2 tu. Kalau suka pengat kita pekat, letak sikit je air. Kalau suka banyak kuah, letak banyak air. Simple je kan. Ok then letak daun pandan supaya wangi, tutup periuk dan tekan switch on, biar sampai mendidih :) Masak guna periuk nasi camni senang sebab sambil tunggu leh gi tengok TV ke hihi tak payah risau nak jaga api dan sebagainya

Bila dah mendidih, masukkan santan dalam 1 - 2 cawan

Kemudian masukkan gula 3 sudu.. boleh kurang/tambah ikut selera :)

Kemudian masukkan 2 bijik telur yang dah dipukul supaya pengat lagi pekat dan sedap :)

Masa nak masukkan telur tu, boleh alih la daun pandan tu sebab taknak telur tu melekat kat situ.. rugi kan. So daun pandan dah boleh buang sebab aroma dia dah masuk dalam kuah pengat pun :) Sekarang boleh kacau2 sikit bagi sebati semua.. bila dah nampak sedap, rasa pun dah sedap, boleh tutup suis! Habis cite!

Sedapnyeeee mmmmmmmmmm

Tunggu pengat tu sejuk sikit then boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.. makan pengat pisang sejuk-sejuk memang aweeesomeeeeee



Selamat mencuba! :D