Assalamualaikum ^_^ satu lagi pagi yang indah.. :) Ok jom sambung! *mukaddimah pendek 2 saat je -_-
Penyakit2 dalam dada
![]() |
| Sakit dada ke patah hati? |
Penyakit2 dalam dada ni antaranya masalah jantung, darah tinggi, kolestrol dan sebagainya. Ada 2 ayat yang boleh diamalkan. Untuk rawatan biasa2 (belum kritikal) boleh amalkan baca ayat2 ni 7x setiap lepas solat, sambil meletakkan tangan kanan di dada.
[Yunus: 57]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
[Al-Fussilat: 44]
Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
Itu untuk amalan setiap hari.. tapi kalau dah agak serius penyakit tu, boleh baca ayat ni kat air dan minum.. :) masa baca tu, juga baca Al Fatihah, ayat Kursi, selawat Syifa' dan selawat ke atas Nabi..
Sakit urat saraf
Ni tadi ada seorang pemanggil yang takboleh angkat tangan, tapi bukan strok.
![]() |
| Kena gari pun bukan |
So Ustaz tu cakap kemungkinan sakit saraf la. Antara rawatannya adalah mengurut2 kawasan yang sakit tu sambil baca selawat Syifa', Surah al-Fussilat ayat 44 tadi, dan juga:
[As-Syuara: 80]
Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku.
Demam kuning (bayi)
Untuk penyakit2 melibatkan bayi ni,. mula2 kita baca Al-Fatihah, ayat Kursi dan kemudian:
Untuk penyakit2 melibatkan bayi ni,. mula2 kita baca Al-Fatihah, ayat Kursi dan kemudian:
[An-Nahl: 78]
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Yang ni sebab tadi ada pemanggil mengadu katanya suami dia bila kat rumah ok, bila sampai tempat kerja je terus tumbanggg T_T Pastu bos bagi cuti lama, masa cuti ok, sambung kerja balik tumbang (pengsan) lagi.. kesian kan. Katanya jadi lemah badan camtu. Ustaz tu cakap ni sama la dengan kes budak2 sampai kat sekolah terus meraung2 atau baru pakai baju sekolah dah pitam.. ni sebab kita share dunia ini dengan jin, masalahnya jin nampak kita tapi kita xleh nampak dia.. so kadang2 bila masuk tempat ada jin, ada antara kita yang diganggu.. jadi amalkan ayat ni:
[Al-Hasyr: 21]
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Lambat jodoh/ masalah suami isteri:
Tadi ada pemanggil yang cakap dia terkena sihir penghalang jodoh.. antara tanda2 orang terkena sihir sebegini adalah sakit perut menjelang Maghrib, sakit belakang dan jiwa kacau.. orang yang tengok dia pulak tak rasa tertarik. Ayat yang boleh diamalkan adalah:
| Sallih Yaakob tiada kena mengena dalam hal ini |
[Al-Baqarah: 102]
[Ar- Rum: 21]
[Yasiin: 36]
Ayat2 di atas ni tentang kelemahan sihir yang menggugat suami isteri (ayat Al-Baqarah tu) dan juga tentang betapa semua makhluk di dunia ini dicipta berpasangan.. untuk masalah ni, kena juga bezakan yang mana disebabkan sihir dan yang mana disebabkan oleh kelemahan diri sendiri ok.. mungkin kita x perasan ada sifat2 diri kita yang perlu diubah kan? Tapi still, jodoh tu Allah yang tentukan.. cepat atau lambat itu semua dalam perancangan-Nya..
Esok Ustaz tu akan cakap tentang masalah hati (rohani) pulak, dan juga masalah budak lambat bercakap, terlalu pemalu etc.. jom tonton! :)




..................


0 OraNg CaKar Sofa:
Post a Comment