Assalamualaikum! ^_^ Seperti yang kita tahu, esok 10 Dis akan berlaku gerhana bulan insyaAllah dari selepas Maghrib hingga tengah malam. Pukul 9 lebih tu bulan dah ditutup separuh bayang2 dan around pukul 10 camtu bulan akan ditutup penuh sehingga menjadi gelap gelitaaa :O
Macamana boleh tahu?
Sebab tadi ada topik pasal gerhana bulan kat Al-Kuliyyah TV3! (ok fine kalau tak tengok Al Kuliyyah pun bleh tahu gak kan =..=") Tetamu jemputan dia sorang je tadi, seorang ustaz yang kerja di JAKIM jugak sebagai ahli falak. Sori ape tah nama Ustaz tersebut lupa hihihi tapi tadi best la sebab sambil die cerita, dia pun tunjuk video pasal camane gerhana tu berlaku etc.. rase cam gi lecture pulak hihi ok nak share sikit ni.. jom!
Apakah gerhana bulan?
Senang cerita, gerhana bulan ni adalah apabila bulan dihalang daripada mendapat cahaya matahari. Siapa yang halang? Bumi la.. kikiki.. waktu ni Bumi duk tengah2 antara Matahari dan bulan dan waktu ni juga lah bulan paling dekat dengan Bumi! :)Apakah yang Nabi s.a.w. lakukan ketika gerhana bulan?
Bila gerhana bulan berlaku, Nabi s.a.w bergegas ke masjid untuk melakukan solat sunat gerhana. Yang menariknya, solat nabi tu sangat panjang tau. Selepas al-Fatihah Nabi s.a.w. membaca surah al-Baqarah, kemudian rukuk, dan kemudian bangun baca Al-Fatihah dan surah Ali Imran pula. (Jadi satu rakaat ada 2 Al-Fatihah + 2 surah) Rakaat seterusnya, Nabi s.a.w. baca surah An-Nisa' dan Al-An'am pulak. 4 surah ni merupakan antara surah paling panjang dalam Al-Quran. Dan rukuk nabi itu pula, seorang sahabat menyamakannya seolah2 lama seperti membaca 100 ayat dari surah al-Baqarah. Wah! Lama betul solat Nabi s.a.w :O
Maksudnya di sini, ketika gerhana bulan, adalah sangat digalakkan untuk kita bermunajat kepada Allah SWT! Jadi sambut gerhana bulan bukan setakat menung tengok langit, amek gamba, upload kat Facebook, main komen2 sampai pagi besok, bukan ya! Antara amalan sunah yang Nabi s.a.w. menyeru kita untuk lakukan adalah mendengar khutbah solat sunat gerhana, solat sunat gerhana, banyakkan istiqhfar, sedekah, dan berdoa! Sebab gerhana merupakan satu tanda kebesaran Allah SWT yang sangat hebat mengatur perjalanan alam ini jadi kita kena lebih2 mengingati-Nya di saat itu.
![]() |
| Jangan ralit sangat amek gamba.. nanti paparazzi pun xleh cari makan dah |
Kesan gerhana kepada hidupan
Ustaz tadi cakap, gerhana esok ni merupakan ulangan gerhana yang berlaku pada 7 Nov 1957! Sebab kecondongannya etc hampir serupa. Lepas tu ustaz tu ajar sikit tentang pengaruh gerhana kepada hidupan. Katanya, dari 1hb (kalendar Islam) hingga 15 hb iaitu purnama, hidupan di laut jadi sangat berisi dan antibodi badan kita juga lebih kuat. 15hb onwards sampai hujung bulan, hidupan laut kembali kurang isinya dan antibodi kita juga lebih lemah.. ni hasil research tau bukan main tanya bomoh ye! hehehe macam2 lagi ustaz tadi citer tapi kang tulis panjang2 kang jadi tesis pulak
Kesan gerhana kepada alam
Gerhana bulan berlaku bila bulan purnama je tau. Bila bulan purnama, air laut pasang. Bila gerhana bulan pula, bulan paling dekat dengan Bumi, maka graviti bulan boleh menarik sebarang cecair Bumi. Jadi air pasang LAGI besar boleh berlaku. Ni boleh menyebabkan air melimpah dan banjir! Jadi kena mohon banyak2 perlindungan Allah SWT supaya tiada limpahan air yang boleh sebabkan kerugian kepada tanaman, ternakan, kemudahan etc.. dulu kes camni pernah sebabkan banjir di Bangkok akibat gerhana bulan. Semua benda hidup pun mengandungi air kan, dan disarankan kepada pesakit darah tinggi supaya berjaga2 juga ketika gerhana..
![]() |
| Amboi kelass kau budak main banjir pakai bath tub terus |
Adakah gerhana berkait dengan peristiwa besar bakal berlaku?
Ada orang kaitkan gerhana konon bila gerhana nanti ada tokoh besar akan lahir contohnya Imam Mahdi etc.. atau ada peristiwa dahsyat akan berlaku etc.. Yang ni, bila ditanya kepada Rasulullah s.a.w., baginda menjawab yang gerhana ini tidak berlaku kerana lahirnya atau matinya seseorang. Jadi kita kena yakin yang gerhana adalah bukti kekuasaan Allah S.W.T., apa2 yang berlaku sewaktu gerhana cuma lah kebetulan :) Memang Allah kata 'jadilah', maka akan jadi!
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.” [HR Muslim]
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.” [HR Muslim]
Banyak lagi info tadi.. tapi cukuplah setakat ni.. bdw, nak tahu cara solat sunat gerhana? Kat Wikipedia pun ada! Klik sini :) akhir kata, kadang2 kita tak tahu betapa banyak yang kita tak tahu selagi kita belum pergi mendengar ilmu. Bila kita dengar ilmu, baru kita tahu rupanya banyaknya benda kita tak tahu..maka jommm tambah ilmu!
Bye!





..................


1 OraNg CaKar Sofa:
semoga besok sama-sama kita dapat teropong anak bulan kan :)
Post a Comment