Assalamualaikum! Tadi pukul 9.30 pagi ade citer Sembang bersama Dr.Mashitah kat Astro Oasis.. Tajuk dia pasal minyak wangi. Tetamu die Catriona Ross (peminat minyak wangi) dan Munif Hijjaz (ada bukak bisnes minyak wangi) Pastu serius banyak info dapat tadi. Sebelum ni cam ragu2 sket nak pakai minyak wangi kan.. sekarang tak ragu2 lagi terima kasih kepada sabun Daia! Eh? -_-
Mula2 diorang borak2 je dulu.. citer pasal minyak wangi. jenis2 minyak wangi etc. Catriona Ross suka bau buah2 n dia pakai perfume JLo sebab bau fruity.. Munif Hijjaz pulak cakap untuk lelaki sesuai bau kayu-kayan.. dan orang muda tak berapa suka bau minyak atar sebab kuat sangat.. sekarang ramai lelaki tersilap, suka beli perfume perempuan sebab berkenan dengan bau dia tapi sebenarnya takleh.. kena differentiate mana minyak wangi untuk lelaki n perempuan.. sebab lelaki akan tertarik dengan bau perempuan which is fitrah,.. so sepatutnya bini dia kena pakai perfume tu bukan dia hikhik
![]() |
| Oh My Cat perfume.. buleh dipakai oleh kucin dan tuan kucin |
Minyak wangi ada alkohol.. bleh?
Boleh! \(^_^)/ Dah keluar fatwa yang kandungan alkohol dalam minyak wangi ni dimaafkan.. lagipun pakai spray2 je bukan nak minum barang segelas dua kan. Alkohol kalau dalam arak, haram dan najis. Kalau guna dalam minyak wangi, tak haram. Boleh bawak solat etc.. Alkohol yang muncul dalam makanan macam tapai pulak tak haram dan tak najis.. so buleh la makan di Hari Raya.. tapi kalau nak makan sekali dengan minuman beralkohol memang nak kena lempang.. -_-
Perempuan boleh pakai minyak wangi?
Kalau dalam rumah atau untuk suami of kos la buleh kan.. Tapi untuk keluar rumah boleh? Boleh \(^_^)/ Munif Hijjaz cakap yang hadis Nabi cakap perempuan takleh pakai minyak wangi pastu jalan depan lelaki etc tu memang betul, itu kalau bau perfume sangat kuat sampai kalau orang hidu, boleh jejak balik laluan pompuan tu jalan.. haa betapa kuatnya bau.. yang tu takleh. Kalau pakai sederhana je boleh. Malah kalau tak pakai minyak wangi langsung, dan badan pulak bau cam reban ayam, itu pun sama je mendatangkan fitnah kan. Senang citer berpada2 lah
![]() |
| Jangan sampai ada pacik buat camni baru nak insaf |
Wangian sunat dipakai bila?
Bila nak beribadah, sunat pakai. Bila nak solat, nak baca Quran, sebelum start ihram, bila nak pergi majlis ilmu.. dan macam-macam lagi. Mak cakap kalau gi Mekah, dalam Masjid tu memang wangi bau semua orang. Dan ada satu hadis cakap kalau lelaki tu bangun pagi Jumaat, mandi, pakai minyak wangi, pergi ke masjid untuk solat Jumaat, dosanya dari Hari Jumaat itu hingga Jumaat depan akan diampunkan.. untuk dosa2 kecil. Wow, kan? :D Saidatina Aisyah r.a. pun cerita yang Nabi akan pakai minyak wangi yang paling terbaik dan paling mahal sehingga bau minyak wangi tu tahan sangat lama. Itu contoh Nabi kita bagi :) Dan Nabi sendiri pun suruh perempuan yang baru suci haid supaya letak sikit wangian kat kapas dan lalukan pada kemaluan untuk hilangkan sebarang bau.. Sunnah yang jarang orang tahu :)
Haa tu je la kot lebih kurang isi rancangan tadi.. 30 minit je pun. Dr Mashitah cakap, haruman kasturi boleh menjauhkan jin dan syaitan.. diorang tak suka bau tu. Dan boleh menguatkan otot serta minda jugak. Dulu aku tade perfume2 neh.. tadi bila dah umur 20 baru start nak jadi lady like.. dah ade perfume hihi
p/s: suka rancangan yang ajar muslim untuk jadi lebih berketrampilan.. sebab kadang2 orang kita terlalu take it easy a.k.a MALAS.. baju selekeh, muka kusam, senyum takde... nanti orang ingat jadi muslim tak best. Cuba bergaya dengan betul, tak salah! :)



..................

0 OraNg CaKar Sofa:
Post a Comment