Assalamualaikum! Alhamdulillahhh Malaysia menang! ^_^ Oh wow. Tak sia-sia duduk seperti arnab di atas kusyen sepanjang perlawanan bola final Sukan SEA Malaysia vs Indonesia berlangsung. Mestilah sokong Malaysia walaupun memang suka dengar lagu2 Indonesia. Tapi tadi memang sepatah haram tak ingat lirik mana2 lagu sebab terlalu fokus dan cuak macam kat dewan exam pulak
Perkara paling best, for me, mengenai perlawanan bola adalah bila tengok sama2 dengan mak ayah :D Maklum lah perempuan, so instead of lepak kat mamak yang akan dipenuhi lelaki, baiklah duk umah je. So nak tengok dengan gaya bebas ke kuak kupu2 ke sume buleh. Tengok bola di rumah adalah satu bonding time yang sangat awesome sebab kita amat unite kan walaupun x menyumbang langsung di padang -_- TAPI tapi tapi doa juga merupakan satu sumbangan kan?? Sejak pukul 8 lebih sampai 11 lebih dah 138 kali ubah posisi atas kusyen - betapa tak senang duduk kerana bimbangkan team kita, sila terharu dan nangis wahai coach Malaysia
![]() |
| Wah terharuuu mak! |
Kat status Facebook, sume orang puji Badrol pastu kutuk Fakri. Aku tak berapa gemar kutuk2 orang x kira betapa obviousnya reasons mengapa seseorang itu wajar dikutuk -..-" Sebab selaluuu je kutuk orang pastu benda yang kutuk tu kena kat diri sendiri balik. Haa orang kata kena bayar cash terus -__- so tamau dah kutuk2 tabaek. For me, dah turun padang main tu kira satu keberanian dah tak kira la dia screw up camne pun. No one wants to make mistake kan, tapi somehow dengan kuasa bulan, kesilapan tetap berlaku. Nak dijadikan cerita, kesilapan dia berlaku sebanyak 48 kali hahah gerhana bulan kot
Aku pernah rasa cemana jadi Badrol (is it Baddrol?) - semua orang look up to, puji, kagum, melambung-lambung etc.. dan aku penah jugak rasa cemana jadi Fakri. Buat silap then semua orang melancarkan protes beramai-ramai hiks. Badrol, suatu masa, boleh jadi macam Fakri kalau one day dia TERkecewakan harapan rakyat Malaysia yang dah ada expectation setinggi langit kat dia kan. Sebab orang senang lupa kejayaaan kita yang lalu kalau kita buat silap hari ni. Dan Fakri boleh je naik menjadi Badrol kalau dia tak give up lepas kena test kekuatan mental dengar orang komplen etc. Naik turun manusia ni cam cycle je so chill ah
Bagi aku Indonesia main bagus. Walaupun kadang-kadang aku distracted dengan pelbagai pesen rambut (siap pikir lagi camne ye orang salun buat rambut jadi camtu.. kena gunting dulu ke, cukur dulu ke etc - see how distracted I am? haih!) tapi aku masih cuba fokus terhadap permainan. Kesian pulak ramai injured tadi - be it dari team kita atau team mereka. Yes mungkin ada yang drama lebih ke tapi bagi aku kalau dah jatuh tu mesti ah ada sakit walaupun sebesar biji guli. Kita terhantuk kepala sikit dah rasa nak tepon bomba kan (apahal?) tapi die buleh tanduk bola banyak2 kali tanpa tercabut kepala so kira awesome benar ah
![]() |
| Tersilap tanduk guna muka.. naseb laa terus jadi penyek |
Anyway, fortunately, alhamdulillah kemenangan berpihak kepada kita team Malaysia! Aummmmmmmmmmmmm :DDD Rasa cam nak lompat2 bintang tapi tadi sedih gak bila tengok ramai yang baju2 merah tu sama merah dengan mata sebab nangis.. Diorang nangis aku pun rase nak nangis.. bleh? Camtu ah rasanya jadik perempuan. Tengok bola hampir2 ending jadi cam tengok citer Korea
Sukenyeeee esok holiday tak? Kalau holiday takyah gi opis yeayyy eh bila masa lak aku kije ok bye
p/s: Suka pengulas sukan tak kisah lah TV1 ke Astro ke.. semua menghidupkan lagi semangat kesukanan!



..................

0 OraNg CaKar Sofa:
Post a Comment