Dr.Muhaya - Hijrah Yang Dituntut.. osem possum!

Assalamualaikum! :D Selamat Hari Jumaat! Hari ni anak sedara saya si kecik Syafiq bersunat.. selamat menjadi lelaki ye! :') Esok Cik Su visit bersama hadiah2 dari Ostolia ye yeyeyeyey :DD~~ Anyway ni sneak peek ape yang dapat dari Dr Muhaya tadi dalam Tanyalah Ustazah, pukul 12 tadi.. suka sangat Dr Muhaya sebab dia awesome possum! Dia bukan Ustazah, katanya bukan semua orang ada ilmu untuk jadi ustaz/ustazah,.. tapi semua orang patut jadi pendakwah.. That's why dia buat kerja dakwah walaupun kerja sebenar dia adalah pakar mata. Ok nanti nak cop Dr Muhaya buat lasik kat saya ye! *_*

Bersiap sedia ye Dr!


Banyak die cite tadi tapi ni la sedikit point yang masih terngiang2 dalam kepala.. yang lain ade yg dah dibawa angin hihihihi lupa lak nak salin nota je ke apa sebab rasa lagi best dengar fokus tangan tak menulis.. senang sikit nak menghayati.. 


Tajuk tadi adalah "Hijrah yang dituntut.." Sebab Maal hijrah pun dah dekat kan. Katanya kita tak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam baru, sebab kalau tahun baru dah tiba pun tapi kita masih dengan pemikiran yang tak berubah sejak dulu, maknanya kita masih di takuk lama.. sebab tu kena berhijrah dulu dari segi mental, emosi dan sebagainya kemudian baru kita lebih mampu untuk mencapai azam tanpa hangat-hangat tahi ayam..


Hoi kutuk!!

Minda sedar vs minda bawah sedar
Minda sedar ni, apa yang kita fikir secara sedar. Apa yang kita nak rancang contohnya berapa RM nak belanja minggu ni etc. Minda bawah sedar pulak terhasil dari segala exposure yang kita dapat dari kecil sehingga mempengaruhi kelakuan kita.. jadi iklan2 kat TV, scene2 dalam drama, semua tu di'download' dalam minda bawah sedar kita.. dan kuasa minda bawah sedar ni sangat kuat. Cuba bayangkan gajah biru. Atau kerusi terbang. Atau kucing makan ekor dia. Boleh bayang tak? Boleh. Tapi wujud tak? Tak kan? :) See, betapa powerfulnya minda bawah sedar kita ni.. so that's why kita boleh manipulate minda bawah sedar kita tu untuk bagitau diri kita ulang2 yang kita ini berjaya, kita baik, kita solehah etc etc supaya last2 kita percaya.. dan jadi realiti :)

Haa pilih pilih


20 minit ----> 20 tahun
Kata Dr. Muhaya lagi, kita boleh tau bagaimana masa hadapan seseorang/ sesebuah family untuk 20 tahun akan datang hanya dengan memerhatikan isi rumahnye dalam masa 20 minit je. Tapi ni analogi je.. jangan duk bawak jam loceng lak set masa 20 minit kang kena tampo ngan tuan umah -_-" Bila masuk rumah orang, kita boleh tengok perhiasan dia kan. Kalau ada banyak rak besar penuh dengan perhiasan je yang nilainya ribu2, apa sebenarnya hidden meaning di sebalik semua kemewahan yang dia tunjuk tu..? Sebab kalau duit ribu2 tu banyak lagi boleh spend di jalan Allah.. Bukanlah tak boleh berhias, tapi kita boleh tau la kan bila sesuatu itu berlebihan. Adakah penghargaan manusia/ tetamu yang datang tu lebih kita letak di atas, berbanding redha Allah..? Pastu tengok majalahnya.. adakah banyak majalah fesyen, gossip, atau ilmiah? Dari sini dah dapat tahu pemikiran tuan rumah. Dalam peti sejuk pulak banyak makanan berkhasiat atau segera? Apa yang kita makan hari ni menentukan kesihatan kita 20 tahun akan datang.. begitulah analoginya..

Aaaaa ni rumah ke gym -_-


Sebenarnya dalam hidup kita selalu cuba berhijrah tapi selalunya fokus pada fizikal saja. Nak jadi kurus, so cuba macam-macam cara biar slim. Nak tukar imej dan sebagainya. Tapi betapa ramai orang yang dah kuruskan badan, cantikkan muka, tapi suami masih tak rasa sayang...? Hati masih tak rasa tenang..? Nak cantik, nak berubah, biar dari dalam :) Jaga kesihatan penting. Kalau kulit kita kusam, malas senyum, muka macam orang sakit, pastu pakai gelang emas besar,..nampak cantik tak? Kalau kulit cantik, rajin senyum, pakai gelang yang biasa saja pun dah nampak cantik.. :)



Reminder untuk diri sendiri jugak ni :)



Banyak lagi input yang dapat tadi.. rugi kalau tak tengok sendiri.. yang tulis kat sini cuma 3% kot? -_- malam ni ada ulangan rasanya, jangan lupa tengok tau! 1 jam tu mencurah-curah ilmu.. dan takpayah nak siap2 apa pun, bukak TV duk atas kusyen, bukak mata pasang telinga. That's how easy things are nowadays :)


0 OraNg CaKar Sofa: