Kisah Ashabul Ukhdud (Al-Buruj: 1-10)

Assalamualaikum! Sekarang musim study week kan *_* nak share pasal kisah Ashabul Ukhdud hari ni.. ni bukan tafsir sendiri eh tapi dapat dari kuliah Selasa hari tu. Sebenarnya masa kecik2 pernah dengar cerita ni tapi xtahu la pulak ada dalam Quran kan.. sekarang baru tahu dah usia 20 tahun ni -_-! Nasib baik bukan baru tahu masa umur 40 kalau tak segan gak :/ anyway mari baca terjemahan dulu!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1: Demi langit yang mempunyai buruj (gugusan bintang-bintang).
2: Demi hari yang telah dijanjikan.
3: Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan.
4: Telah binasa orang yang membina parit.
5: Api yang menyala-nyala.
6: Ketika mereka duduk didekatnya.
7: Dan mereka menyaksikan atas apa yang mereka perbuat terhadap orang yang beriman.
8: Dan mereka tidak menyeksa antara mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi al-Hamid (Maha Terpuji).
9: Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, dan Allah atas segala sesuatu adalah al-Shahid (Maha Menyaksikan).
10: Sesungguhnya orang yang membuat fitnah terhadap orang Mukmin dan Mukminat, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka adalah azab bakaran.



Ok. Apa maksud Ashabul Ukhdud? Maksud dia orang yang membuat parit.

Begini ceritanya. Cerita ni ada dalam hadis nabi, satu hadis yang sangattt panjang. 




Mengikut satu hadis lain, dikatakan peristiwa ni berlaku antara selang masa Nabi Isa diangkat ke langit dan Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu. Pada waktu tu, raja-raja selalunya ada ahli sihir. Ni merupakan cara raja untuk menunjukkan kekuatan kepada rakyat. Kenapa bukan ahli sihir je yang jadi raja? Ada yang berpendapat sebab golongan ahli sihir taktahu cara mentadbir rakyat maka raja je lah yang uruskan.

Pakcik tak reti tadbir2 ni.. kalau pasal gambir reti lah..


Jadi ahli sihir ni dah tua dah dan dia nak cari pengganti untuk diajar sihir, supaya nanti pengganti tu pulak berkhidmat kepada raja. Jadi ada lah sesi pemilihan.. macam2 versi cerita ada tentang pemilihan ni tapi dipendekkan cerita, akhirnya seorang pemuda dipilih untuk belajar sihir. On the way nak gi belajar sihir, pemuda tu terserempak dengan seorang pendeta yang turut mengajar dia ilmu. Pemuda ni berminat dengan ilmu yang pendeta tu ajar so dia selalu singgah. 




Sebab dia singgah kat rumah pendeta, dia selalu lambat pergi belajar dengan ahli sihir dan lambat balik rumah jugak so kena marah dengan ahli sihir dan juga keluarga. Dia pun mengadu kat pendeta dan pendeta nasihat supaya bila ahli sihir marah, jawablah "keluargaku menahanku.." dan bila lambat balik jawablah "ahli sihir tersebut menahanku..." (pendeta ajar tipu sunat? hehe takpe kot :p) So walaupun dah kena marah pemuda tu masih gigih belajar di kedua-dua tempat..

Saya bukan tok guru pendeta tu.. saya Tok Guru Nik Aziz.. sebut betul2..


Masa berlalu, pemuda ni mula rasa tertarik dengan pendeta berbanding ahli sihir. Suatu hari nak dijadikan cerita, ada binatang besar menghalang laluan orang ramai (besar ni ada yg cakap besar dari segi kekuatan: harimau ke contohnya.. atau besar dari saiz contohnya gajah. Kita xtau apakah haiwan sebenar hihihi). Pemuda ni berdoa kepada Allah, kalaulah pendeta itu lebih baik maka jadikanah binatang tu terbunuh. Dia pun baling batu dan binatang tu pun terus mati. So dia rasa makin yakin dengan pendeta itu.




Dia balik dan bercerita kepada pendeta, pendeta cakap hari itu kedudukan pemuda itu lebih baik dari pendeta itu sendiri (sebab Allah bagi karamah- binatang terbunuh hanya dengan baling batu) Pendeta pesan nanti kamu akan diuji.. bila diuji janganlah cerita tentang dia (pendeta tu) Ada pendapat mengatakan sebab pendeta tu dah tua, so dia takut kalau nanti ada ujian besar, dia bimbang imannya akan goyah dan xnak mati dalam keadaan kufur..
Shhh.. diam2 je k?


At the same time, pemuda ni pun ada karamah atau anugerah yang lain iaitu boleh sembuhkan penyakit kusta dan buta. Suatu hari datanglah orang buta yang kerja di istana raja, offer duit kalau sembuh. Tapi pemuda tu cakap Allah yang sembuhkan, bukan dia.. pemuda tu suruh orang buta tu beriman dan nanti dia akan doakan supaya penglihatan orang tu sembuh. Dan memang sembuh lepas tu, maka bertambah mantaplah iman si buta tadi.



Si buta pun kembali kerja di istana. Raja perasan yang dia dah tak buta so raja tanya, siapa yang sembuhkan? Jawab si buta tadi, "Tuhanku." Raja pun terkejut, eh bila masa aku sembuhkan si buta ini? (Raja zaman dulu perasan Tuhan hahah) Katanya ada Tuhan lainkah selain dia? Pastu si buta tu jawab "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." Maka raja marah dan penjarakan leaki tu dan seksa sampai lah dia cerita tentang pemuda tadi.


Pemuda pun dipanggi menghadap raja dan peristiwa sama berlaku, pemuda kata Allahlah Tuhan yang berkuasa menyembuhkan dan dia turut dipenjara dan diseksa sehingga dia terpaksa cerita tentang pendeta tadi.


Pendeta pun turut dipaksa keluar Islam oleh raja, tetapi enggan (alhamdulillah, imannya masih kuat di saat2 sukar macam tu) maka kepalanya digergaji sehingga jatuh. Orang buta tadi pun turut digergaji kepalanya hingga jatuh. Sampai kepada giliran pemuda, dia masih enggan tukar agama lalu raja pun fikir cara macamana nak bunuh pemuda tu. Tak boleh bunuh camtu je sebab nanti rakyat tahu dan bimbang mereka turut ikut beriman.

Caner laaa aku nak bunuh budak tu?



Raja pun suruh pengikut dia bawa pemuda tu ke puncak gunung. Kalau masih taknak keluar agama, disuruh supaya pemuda tu dibuang di situ. Pemuda tu pun berdoa supaya diselamatkan oleh Allah dan akhirnya gunung tu bergoncang dan jatuhlah semua pengikut raja. Pemuda tu pun kembali kepada raja (rilek je kan..hehehe)

"Apa terjadi?" tanya raja. Pemuda jawab Allah yang selamatkan dia. Raja tak puas hati, suruh pengikut lain bawa dia naik kapal dan kalau taknak keluar agama jugak, disuruh campak keluar dari kapal. Tapi pemuda tu sekali lagi berdoa dan terbaliklah kapal habislah semua pengikutnya. Pemuda tu pun kembali lagi pada raja. Raja tanya lagi kenapa, pemuda cakap Allah yang selamatkan.




Pemuda tu cakap, kalau nak bunuh dia, kumpulkanlah semua orang dan ikat dia di satu pokok. Panahlah dia dari tabung panahnya sambil mengucap "dengan nama Allah Tuhan si pemuda ini.." Raja tu dah desperate benar so buatlah apa yang disuruh. Panah kena pelipis (antara mata dan telinga) pemuda tu lalu dia meninggal dunia. Rakyat yang ramai tu bila nampak, terus ikut beriman sebab dah nampak kebenaran kan. Pandai strategi suruh orang ramai datang :)

Opsss silap gambar! =_=!

Raja makin marah bila tahu mereka mula beriman lalu diarahkan bina parit dan di dalamnya ada api yang marak. Seorang demi seorang dipaksa untuk keluar agama dan kalau enggan, dihumban dalam parit. Betapa kejamnya raja.. sampai giliran seorang ibu dan bayinya, ibu tu ragu-ragu sebab takut dan kesian kat bayi tapi tetiba bayi tu cakap "wahai ibu, sabarah sesungguhnya kamu daam keadaan benar." Maka yakinlah ibu tu... ada pendapat yang mengatakan ni la bayi kedua yang boleh berkata2 selepas Nabi Isa :) wallahualam..



Sekianlah cerita Ashabul ukhdud :)



Pengajaran: Mari kita contohi pemuda tu. Dia kuat, berani, bijak, gigih belajar, dan macam-macam lagi :D Jalan Islam memang berliku-liku... tapi hasilnya insyaAllah berbaloi.. sabarlah :') Pengajaran lain boleh pikir sendiri hihihihi 




1 OraNg CaKar Sofa:

nadia zflzn said...

bieeeee hihihi
nape la ader gmba bju kuning plak kt situ -_-