Makan tengahari hari ni :) Dan makan malam nanti juga. Simple tapi ni lah favourite zaman-berzaman. Sebenarnya lagi suka budu belacan,. tapi kat sini sambal jadi pengganti. Tak jumpa budu lagi setakat ni dan belum beli cili untuk buat sambal. Tunggu balik Malaysia je lah. hehehe.. bila ada sambal, kena ada ulamnya. Bagi seimbang protein dan sayur (mak suruh). Tapi kat sini ulam ganti dengan sayur orang putih. Macam-macam daun ada. Yang atas ni daun bayam hijau je. Sedap :)
Kadang-kadang hidup tak perlu bermewah untuk kita rasa cukup.
Cukuplah pakai phone biasa-biasa tapi dalam inbox penuh sms dari mak dengan ayat-ayat doa dan nasihat dari dia... lebih dari cukup.
Beli baju biasa je tapi setiap kali buka wardrobe, setiap kali tu rasa nak senyum. Walaupun satu pun takde brand. Tapi bila dipakai, rasa seronok.
Kalau tentang majlis pulak, tak rasa tertarik tengok yang grand2. Contohnya perkahwinan. Yang terlalu banyak majlisnya untuk satu perkahwinan. Terlalu banyak persalinan, bunga, makanan, perhiasan, perhatian, tempah servis itu.. tempah orang ini... macam-macam. Tapi rasa tertarik baca blog seorang hamba Allah ni tentang nikahnya yang sangat sederhana. Tak ada sanding, tak ada photoshoot2, hantaran gubah sendiri tapi alhamdulillah bahagia.. sebab suaminya soleh. Isterinya soleh. Apa lagi yang tak cukup. Majlis perkahwinan tu cuma SEHARI, yang bertahun-tahun selepas tu yang penting..
Kemewahan kadang-kadang tak selari dengan keberkatan. Kadang-kadang.
Dan aku masih rasa terlalu absurd untuk seseorang membelanjakan sejumlah besar duit dia untuk diri dia saja. Untuk majlis dia saja. Untuk hari besar dia. Senang kata, duitnya berlegar hanya untuknya.
Walaupun dia memang kaya ada berjuta, aku tetap rasa absurd.
Di dunia ni kita kena tolong ramai orang. Tak kisahlah kita kenal atau tak. Sebab selalunya kesusahan menimpa orang-orang yang kita tak kenal. Yang jauh. Sebab kalau dekat, maknanya kita pun termasuk terkena sekali kesusahan tu. Contohnya bencana alam, wabak penyakit, atau perang. Kita tak kena. Orang lain kena. Jadi kita kena bantu sebab kita diselamatkan Allah dari kesusahan tu.
Bila kita rasa apa yang kita ada ni dah cukup,. tak salah untuk mula memberi.
Sebab selalunya orang tak dapat penyakit sebab cukup makan, tapi sebab terlebih makan (analogi saja).
Nanti di akhirat semoga ada yang menyelamatkan kita waktu kita menghadapi kesulitan..
...sebagaimana kita melepaskan orang/binatang/pokok/alam dari kesulitan di dunia ini..
Nanti di akhirat semoga ada yang menyelamatkan kita waktu kita menghadapi kesulitan..
...sebagaimana kita melepaskan orang/binatang/pokok/alam dari kesulitan di dunia ini..
.. sebab sebenarnya kita mampu membantu mereka pun sebab Allah dah bantu kita menghadapi kesulitan kita..
Satu cycle.
Satu cycle.


..................

1 OraNg CaKar Sofa:
nnti i think i wnt 2 share this as well.
mohon prmission tau
^_^
Post a Comment