Winter Gathering yang berbekas di hati ^_^

Assalamualaikum ^^ seperti yang dijanjikan, nak update pasal pergi Winter Gathering kat Campaspe Downs hari tu.. tempat ni kat Melbourne jugak :) boleh cekidaut website dia kat sini ok ---> Campaspe Downs Resort!!! Ni merupakan area yang agak rural lah jugak.. banyak pokok, lembah2, ada tasik.. dan angin dia memang yang SUPERDUPERSEJUK! Tempat ni la yang paling sejuk sepanjang duduk kat Melbourne..sila take note. hihi.. ok jom usha gambar sikit :)





Sila pasrah tengok gambar ye sebab cuaca mendung masa sampai sana T_T 

Ni pulak tempat penginapan..sangat bersih dan selesa alhamdulillah ^^ Katil 2 tingkat, dapat tingkat atas.. kalau lompat dah tembus siling

Yang paling dekat dengan kamera ni bilik saya ^^ belah kiri tu tangga untuk ke toilet & shower

Tempat shower yang awesome! Siap ada langsir n pintu lagi (x kira nk tunjuk jugak)

xtau apa motip tunjuk gambar sinki :') situ ada tuala serbaguna. So geli nak guna akhirnya -_-



Antara aktiviti yang ada adalah slot-slot ceramah oleh Ustaz Abdul Halim.. boleh usha website dia sini --> Ustaz Halim. Kisah ustaz ni sangat awesome sebab dulu dia n wife sama2 belajar 4 tahun kat Uni of Queensland, Australia dulu sampai grad.. pastu sama2 sambung belajar kat Universiti Al-Azhar dalam bidang keagamaan sampai la grad jugak. Ini yang kita nak kan, supaya ulamak yang ada tahu dan faham tentang dunia luar sebab pernah hidup di barat, dan jadi graduan yang faham Islam dengan rasional :) Bdw did I tell u that he has 14 children? :P Rezeki kan.. Kalau semua membesar jadi bagus macam bapak dia, alhamdulillah besarnya pahala :)
ini tempat talk & bengkel diadakan.. nama tempat ni The Barn. Bukan reban okeh..hehe.. should be ada meja tapi gambar ni diambil sebelum meja kerusi disusun 

seperti biasa majoriti adalah perempuan. Perempuan memang suka berjumpa each other kan? X kisah la kat pasar mahupun program, mesti nak pergi punya hiks

lelaki-lelaki harapan. Bilamana orang lain sibuk dengan 'dunia lelaki', mereka duduk tercongok di sini. *tepuk2 tangan*
Untuk setiap aktiviti kecuali ceramah oleh Ustaz, group lelaki dan perempuan akan diasingkan. Waktu bengkel ke, waktu riadah ke, dan memang best camtu sebab selesa :D boleh bergurau2 dan bersuka ria seperti orang tersumbat bersama rakan2 tanpa dilihat teehee :P Salah satu aktiviti adalah kitorang dibahagikan kepada 4 group - Khulafa' al-rasyidin, umaiyah, abbasiyah, dan uthmaniyah. Pastu kena bina monumen n bendera mewakili zaman tu :) I'm in abbasiyah ^^
Bendera abbasiyah ^_^

Tengah bincang camne nak bina monumen menggunakan straw, suratkhabar dan salotape. Nasib baik dia bagi bahan2 ni.. kalau betul2 die bagi simen dengan bata ke, pengsannn

My groupmates <3

Dah puas dengan aktiviti camtu, kami ada riadah jugak. Ada riadah indoor dan outdoor. Kalau brothers main indoor, sisters akan main outdoor. Keesokannya sisters lak yang main indoor n vice versa. Camtulah cantiknya Islam mengajar supaya bersikap adil hiks 
Stadium kecil kat Resort :D

Ni game yang ketiga.. nama dia the caterpillar..kena ikat kaki each other pastu lompat2 dalam petak yang ade tulis sifat  mahmudah (rajin, sabar etc) n avoid those yang ada sifat mazmumah. Hee.. sebelum tu main pass2 baton suratkhabar n main apetah nama game yang kene pass kan ring yang diperbuat dari suratkhabar jugak melepasi badan satu sama lain :') tapi semua seronok sangat :D
Now it's time for outdoor games! :D Ada kayak, trampolin, dan flying fox :D Masa ni sejukkkkk sangat so lepas kayak jari dah rasa numb. Urat saraf pitam sekejap.
Muka excited dengan life jacket walaupun bau die h-a-p-a-k--s-s-s

Tunggu turn kayak lambat so kacau member dulu untuk mengisi masa lapang

Main flying fox ni yang jenis ada seat punya.. macam buai tu. Kalau kat BTN hari tu dia cam ikat je badan pastu kita tergantung.. yang tu extreme skit, so yang ni kira okay la. Tapi ada jugak yang x nak buat sebab cuak, hehe. But it's okay :) Semua orang ada ketakutan masing2 kan, ada takut tinggi, takut air, takut kucing, etc etc.. Allah memang memberi rasa takut dalam hati setiap manusia.. sebab kita ni insan lemah kan. Tunggu flying fox ni punyalah lama sebab ramai orang.. cuaca pulak sejuk sangat2 n dry.. so kulit senang kering n pucat. Hidung pula senang... *ambik tisu cepat2
I should be somewhere up there in the picture.. mana tah :o

Tengok2 dah selamat sampai ke hujung sini.. nasib baik x tergolek jatuh dalam tasik hihi

Time kasih kawan2 yang tolong buangkan semua tali2 yang terikat neh -_-
Ni sedikit pemandangan around tempat flying fox tu.. subhanallah cantik tempat ni.. seluas mata memandang.. tengok depan belakang kiri kanan memang banyak pokok. Tapi bukan macam hutan hujan tropika. Ini adalah hutan hujan omputehs. Hihihi~ Macam ladang pun ada -__-



Overall, this event was awesome.. apatah lagi boleh menghadirinya dengan bffs :P

Me, Kak Nadia, Amni, Zakiah, n Amalina.. should be ada Kak Itri jugak kan :') Masa ni pegang baton yg diperbuat dari suratkhabar tu masa main game indoor

Perbezaan ukhuwah dengan friendship adalah.. Typical bffs eat together, sleep together, shopping together, gossip together.. etc etc.. tapi dalam ukhuwah, kita pun makan bersama, tidur bersama, dan bermusafir bersama.. sayangkan each other seperti sayangkan diri sendiri.. dan persabahatan untuk-Nya. Saling menasihat dan mengingat, dan menghadiri majlis ilmu sama-sama.. semoga boleh help each other di satu hari kelak :)



"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"

(Az-Zukhruf: 67)
Untuk entry ni cuma nak cerita overall tentang event 3 hari 2 malam ni.. untuk lebih into detail pasal apa yang saya dipelajari untuk setiap slot, yang tu next entry ok.. x boleh bagi sekaligus.. macam suapkan bayi makanan, kena bagi sikit-sikit..so dia boleh makan pelan-pelan, nutrient masuk dalam tubuh dengan lancar dan membesar bagai juara :D kalau suap laju2 banyak2 sekaligus nanti dia pun muntah jeluak sume, apa pun x masuk dalam badan.. so just one step at a time ok.. :)


4 OraNg CaKar Sofa:

tmc said...

biee! my roommate and abasiyyah-mate!:p

lovee thy pictures! :)

nik khadijah said...

Bee, lawa la pics kat camp n paling penting entry yang dari hati pasti hinggap ke hati juga....

Kak Mao said...

wah bestnya games tu semua...jazakillah khayr bie sbb kongsi kan aktiviti korang..dptla makcik DH(<-panggilan kak tmc la ni) pun merasa sekali kemeriahan

and i shoot said...

salam, bie...wah, bangganya ade org ingat bait2 choral speaking kitorg :D