Assalamualaikum =) Hari tu cakap nak buat entries sempena Ramadhan kan.. supaya sebelum Ramadhan tiba kita boleh mempersiapkan diri, menambah ilmu dah menghilangkan kekeliruan pasal isu-isu tentang puasa ni. Jawapan kepada persoalan puasa ni bukanlah dari otak aku sendiri tapi dari pembacaan dan program yang dah dihadiri..
Ok. Korek hidung batal puasa tak?
![]() |
| ini bukan korek.. ini gerudi pun buleh |
Persoalan ni sangat kontroversi ye, sama kontroversi dengan persoalan mengenai Memey dan Norman nak kahwin tak lama dah kan ~ -_-"
Semua ni berbalik kepada pensyariatan puasa tu sendiri. Puasa diwajibkan kepada kita supaya kita bertaqwa kan. Boleh tengok [Al Baqarah : 183] Antara sebab kita disuruh puasa adalah untuk rasa sendiri kelaparan dan kehausan orang-orang yang x mampu untuk makan.. be it orang fakir miskin, mangsa bencana alam dan sebagainya... kemudian dalam puasa ni kita disuruh menahan nafsu x kiralah nafsu syahwat ke nafsu nak marah ke dan nafsu-nafsu lain.
Jadi bilamana sesuatu perbuatan itu akan menyebabkan kita rasa kenyang / hilang dahaga / puas nafsu, itu baru akan membatalkan puasa. Jadi korek hidung / korek telinga / korek mata korek taik mata ni akan mengenyangkan kita tak? Atau memuaskan nafsu kita?
Tak kan? :)
Makanya ulama telah bersepakat bahawa korek hidung ni tidak membatalkan puasa.
Contoh tambahan, kalau tetiba suatu hari nanti ada orang bijak pandai cipta satu bilik ni, bilamana kita masuk bilik ni, kita akan rasa kenyang secara automatik. Haaa bleh? Nanoteknologi katanyeerr kann.. So kalau kita dah tahu pasal bilik tu dan kita masuk jugak, ni akan membatalkan puasa kita, sebab dia menghilangkan lapar kita.. sedangkan puasa ni nak suruh kita rasa lapar dan dahaga kan... :)
Jadi bila menghadapi persoalan camni kita kena kembali semula pada syariatnya yang asal, dan kaitkan kesan perbuatan tu (contoh: korek hidung) dengan ibadah tu (contoh: puasa). Kalau tidak menyalahi syariatnya maka boleh. Tapi bukan semua boleh guna kaedah macam ni sebab ada pelbagai situasi dalam bermacam-macam jenis ibadat kan.
Jangan pegi korek hidung depan orang pulak... itu kuanghajau namanyaaa
![]() |
| huduh perangai! |



..................

4 OraNg CaKar Sofa:
hehehhe...best la post nie...^_^
Memetik dari buku Ustaz Ismail Kamus 'Indahnya Hidup Bersyariat'- Modul Fardu Ai Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat :
1) Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit
2) Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
3) Muntah dengan sengaja
4) Keluar haid dan nifas
5) Gila
6) Murtad
7) Mengeluarkan mani dengan sengaja
8) Melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramadhan
So, korek hidung tu fall under no 2. Mmgla x mengenyangkan tapi sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka tu.
Wallahualam.Selamat berpuasa :)
Korek hidung/ telinga ni ada banyak pendapat. Masa pergi kuliah fiqh Ramadhan semalam pun ada cakap pasal ni. Bila dia x reach kepada otak/ perut, makanya boleh. Tak ada dalil khusus pasal korek hidung batal puasa.
Ni salah satu fatwa Syaikh Attiyah Saqr: "Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan."
thanks for the info lepas ni bleh la korek hidung tanpa ragu2 time berpose. hehehee
Post a Comment